Python
From Wikipedia, the free encyclopedia
Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta oleh Guido van Rossum pada tahun 1991. Ia merupakan sebuah bahasa ditafsir, interaktif dan berorientasi objek.
Fakta Segera Paradigma, Muncul pada ...
Paradigma | Berbilang paradigma |
---|---|
Muncul pada | 1991 |
Direka oleh | Guido van Rossum |
Pembangun | Yayasan Perisian Python |
Lepasan stabil | 3.12.3[1] (9 April 2024; 37 hari yang lalu (9 April 2024)) |
Disiplin penjenisan | Tegas, dinamik ("penjenisan itik") |
Pelaksanaan utama | CPython, Jython, IronPython, PyPy |
Dialek | Stackless Python |
Dipengaruhi | ABC, C, Haskell, Icon, LISP, Modula-3, Perl, Java |
Mempengaruhi | Ruby, Boo |
OS | Rentas-pelantar |
Lesen | Lesen Python |
Laman web | http://www.python.org/ |
Tutup
Python adalah beraneka paradigma, menggunakan sistem penjenisan dinamik dan pengurusan memori automatik. Oleh kerana itu, ia lebih kurang sama dengan Perl, Ruby, Scheme, Smalltalk dan Tcl.
Pelaksanaan piawai untuk bahasa ini ialah CPython. CPython dikendalikan oleh Yayasan Perisian Python yang bukan untung di bawah model pembangunan sumber terbuka iaitu diterbitkan di bawah Lesen Python, CPython adalah sebuah perisian bebas.