Berghof (Hitler)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Berghof adalah rumah Adolf Hitler di Obersalzberg atas Pergunungan Bavaria berhampiran Berchtesgaden, Bavaria, Jerman. Selain daripada Wolfsschanze di Prusia Timur, Hitler menghabiskan banyak masa di Berghof daripada mana-mana tempat semasa Perang Dunia II. Ia juga merupakan salah sebuah markasnya yang paling terkenal, yang bertempat di seluruh Eropah.
The Berghof | |
---|---|
Berghof | |
Nama lama | Haus Wachenfeld |
Maklumat umum | |
Status | Dirobohkan |
Jenis | Chalet |
Bandar/pekan | Obersalzberg, Berchtesgaden (Jerman) |
Koordinat | 47°38′01″N 13°02′31″E |
Ketinggian | 921 m (3,022 ka) |
Pembinaan bermula | 1916 |
Diubah suai pada | 1935 - 1936 |
Dirobohkan pada | 25 April 1945 |
Pemilik | Adolf Hitler |
Reka bentuk dan seni bina | |
Firma arkitek | Hochtief AG |
Dibina semula, diperbesarkan lagi dan dinamakan semula pada tahun 1935, Berghof merupakan rumah peranginan Hitler selama sepuluh tahun. Pada pengakhiran April 1945 rumah tersebut telah dirosakkan oleh serangan udara British, di bakar oleh askar SS yang sedang berundur pada awal Mei, dan dirompak selepas tentera Bersekutu tiba disana. Rumah yang hangus itu telah diruntuhkan oleh kerajaan Bavaria pada tahun 1952.