Dinasti Chakri
Dinasti Thailand / From Wikipedia, the free encyclopedia
Dinasti Chakri (Bahasa Thai: ราชวงศ์จักรีcode: th is deprecated ; RTGS: Ratchawong Chakkri, Sebutan bahasa Thai: [râ:t.tɕʰá.woŋ.tɕàk.kri:], merupakan kerabat diraja yang kini memerintah Kerajaan Thailand. Ketua kerabat diraja ini juga merupakan raja negara Thai. Dinasti Chakri telah berkuasa sejak penubuhan Era Rattanakosin dan kota Bangkok pada 1782 setelah berakhirnya pemerintahan Raja Taksin dari Thonburi, apabila ibu negara Siam berpindah ke Bangkok. Dinasti ini ditubuhkan oleh Raja Rama I, seorang ketua tentera Kerajaan Ayutthaya yang berketurunan Cina-Thai dan Mon.
Dinasti Chakri | |
---|---|
Negara | Kerajaan Thailand |
Gelaran | Raja Siam (1782–1940) Raja Thailand (1940–kini) |
Diasaskan | 1782 |
Pengasas | Rama I |
Ketua terkini | Rama X |
Etnik | Thai, Mon, Cina |
Sebelum dinasti ini ditubuhkan, Raja Rama I memegang gelaran Chakri, sebuah gelaran untuk seorang pembesar atau kanselor awam (สมุหนายก). Setelah baginda ditabalkan menjadi raja, baginda sendiri memilih nama "Chakri" untuk dinastinya. Jata kerajaan ditubuhkan baginda ini menggabungkan rupa senjata cakeram Sudarshana dan serampang mata tiga Trisula masing-masing merupakan senjata dewa-dewa Vishnu dan Shiva, iaitu betara yang dipercayai rakyat Thai menjelma semula menjadi asal raja mereka.