Gaël Clichy
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gaël Clichy (lahir 26 Julai 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Perancis yang bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dan Perancis di posisi pertahanan kiri.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Gaël Clichy[1] | ||
Tarikh lahir | (1985-07-26) 26 Julai 1985 (umur 38) | ||
Tempat lahir | Toulouse, Perancis | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan kiri | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Manchester City | ||
Nombor | 22 | ||
Kerjaya remaja | |||
1990–1996 | Hersoise | ||
1996–1997 | Cugnaux | ||
1997–1998 | Muret | ||
1998–2000 | Tournefeuille | ||
2000–2002 | Cannes | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2002–2003 | Cannes | 15 | (0) |
2003–2011 | Arsenal | 187 | (1) |
2011– | Manchester City | 98 | (1) |
Pasukan kebangsaan | |||
2001 | Perancis B15 | ||
2001–2002 | Perancis B17 | ||
2002–2003 | Perancis B18 | ||
2003–2004 | Perancis B19 | ||
2004–2005 | Perancis B21 | 13 | (0) |
2008–2013 | Perancis | 20 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 12 Mei 2015 |
Pada tahun 2001, dia berpindah ke Provence-Alpes-Côte d'Azur untuk bermain bersama kelab profesional, Cannes. Selepas tiga musim bersama Cannes, pada tahun 2003, dia menyertai kelab England, Arsenal. Dalam musim pertama Clichy bersama kelab itu, dia memenangi kejuaraan liga musim 2003-04. Selain itu, dia juga memenangi Perisai Komuniti FA 2004 dan Piala FA 2005 bersama Arsenal.
Clichy merupakan bekas pemain belia antarabangsa Perancis dan mewakili negara itu di semua peringkat. Clichy membuat penampilan senior antarabangsa pertamanya pada bulan September 2008 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Serbia.