Game of Thrones (musim 2)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Musim kedua siri televisyen drama fantasi Game of Thrones ditayangkan di Amerika Syarikat di HBO pada 1 April 2012 dan berakhir pada 3 Jun 2012. Siri ini ditayangkan pada hari Ahad jam 21:00 di Amerika Syarikat dengan 30 episod, masing-masing berdurasi sekitar 50–60 minit. Musim ini mengangkat peristiwa-peristiwa di dalam A Clash of Kings, novel kedua dalam siriA Song of Ice and Fire karya George R. R. Martin, dan diadaptasi ke televisyen oleh David Benioff dan D. B. Weiss. HBO menempah musim kedua pada 19 April 2011. Penggambaran bermula pada Julai 2011 di Ireland, Ireland Utara, Croatia, dan Iceland.