Gigi
From Wikipedia, the free encyclopedia
Gigi (tulisan Jawi : ݢيݢي) merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan, terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.
Untuk kumpulan muzik Indonesia, sila lihat kumpulan Gigi.