Hari Santo Patrick
From Wikipedia, the free encyclopedia
Hari Santo Patrick (bahasa Inggeris: Saint Patrick's Daycode: en is deprecated , Ireland: Lá Fhéile Pádraigcode: ga is deprecated ) ialah perayaan tahunan yang disambut pada 17 Mac, sebagai tanda memperingati bakti Santo Patrick (circa 387–493 M), santo penaung Ireland yang paling dikenali ramai. Perayaan St Patrick yang bermula sebagai perayaan Kristian yang menjadi hari kenduri pada 1600-an, bagaimanapun kini lebih berbentuk perayaan sekular kebudayaan Ireland.
Hari Santo Patrick | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | St Patrick's Day St Paddy's Day Patrick's Day Paddy's Day |
Diraikan oleh/di | Rakyat Ireland dan penduduk dunia berketurunan Ireland |
Jenis | Kebangsaan, Etnik, Kristian |
Sambutan | Menghadiri misa atau sembahyang di gereja, menyertai perarakan, menghadiri Céilidh, memakai syamrok, memakai serba hijau |
Tarikh | 17 Mac |
Selain menjadi cuti umum di pulau Ireland (Ireland Utara dan Republik Ireland), Hari St Patrick juga disambut secara meluas di kawasan-kawasan yang diduduki oleh ramai warga berketurunan Ireland termasuk di Great Britain, Kanada, Amerika Syarikat, Argentina, Australia, New Zealand, Montserrat dan lain-lain lagi.