Jabatan Perdana Menteri Malaysia
kementerian di Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Jabatan Perdana Menteri (Tulisan Jawi: جابتن ڤردان منتري; singkatan JPM) merupakan sebuah kementerian kerajaan persekutuan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk memastikan perkhidmatan di semua bahagian terlaksana menurut dasar, pengawalan dan garis panduan semasa. Ia diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia dan diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini merangkumi Pejabat Perdana Menteri dan lebih 50 agensi dan badan kerajaan. Ia ditubuhkan pada tahun 1957 dan kini berpusat di Perdana Putra, Putrajaya.
Fakta Segera Intisari agensi, Dibentuk ...
جابتن ڤردان منتري | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | Julai 1957; 66 tahun yang lalu (1957-07) |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya |
Kakitangan | 33,802 (2018) |
Belanjawan tahunan | RM 4,048,073,200 (2020) |
Menteri bertanggungjawab |
|
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Tutup