Jordan Fisher
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jordan William Fisher (lahir 24 April 1994) ialah seorang penyanyi, penari, dan pelakon Amerika Syarikat. EPnya yang menggunakan namanya sebagai tajuk album telah dikeluarkan oleh Hollywood Records pada 19 Ogos 2016. Beliau menjayakan peranan berulang di siri televisyen The Secret Life of the American Teenager dan Liv and Maddie, peranan pembantu dalam filem-filem televisyen Teen Beach Movie, Teen Beach 2 dan Grease Live, membintangi Rent: Live di Fox, dan muncul dalam runut bunyi Moana. Beliau menjayakan semula peranan John Laurens/Philip Hamilton dalam penerbitan Hamilton Broadway pada 22 November 2016. Beliau memegang watak Noah Patrick dalam siri TV Teen Wolf. Fisher dan pasangan tariannya Lindsay Arnold memenangi musim ke-25 Dancing with the Stars. Beliau kemudian menjadi pengacara Dancing with the Stars: Juniors pada 2018, dan mengulas Piala Dunia Fortnite 2019. Beliau menjayakan peranan utama Evan Hansen dalam penerbitan Broadway Dear Evan Hansen pada tahun 2020.
Jordan Fisher | |
---|---|
Kelahiran | Jordan William Fisher (1994-04-24) 24 April 1994 (umur 30) Birmingham, Alabama, A.S. |
Warganegara | Amerika |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2009–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen |
|
Tahun aktif | 2014–kini |
Syarikat rakaman | Hollywood |
Laman sesawang | jordanfisherofficial.com |