Kim Dong-wan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Kim Dong-wan (hangul: 김동완; lahir 21 November 1979) adalah seorang penghibur Korea Selatan, lebih dikenali sebagai ahli dalam kumpulan penyanyi popular Korea Selatan, Shinhwa. Beliau telah berlakon sejak 2002, dengan peranan dalam drama TV seperti A Farewell to Sorrow dan Children of Heaven. Beliau berkata bahawa sekiranya diberi peluang, beliau lebih menyukai bidang lakonan berbanding nyanyian. Namun, sejak pelancaran album debutnya, beliau dikini lebih menyukai bidang nyanyian. Dari Shinhwa, beliau adalah ahli keempat yang mengorak langkah sebagai artis solo, mengikuti Lee Min-woo, Shin Hye-sung dan Jun Jin.