Senario (kumpulan muzik)

Kumpulan pelawak Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Senario (kumpulan muzik)
Remove ads

Senario ialah sebuah kumpulan pelawak, pelakon, penyanyi dan penulis lirik dari Malaysia yang lahir daripada program realiti Sinaran Pasport Kegemilangan.

Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Asal ...

Kumpulan ini bersilih ganti keahlian sejak ditubuhkan pada 1996. Ahli asal seramai tujuh orang, iaitu Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussain, Ilya Buang dan Hamdan Ramli, seterusnya diikuti oleh Saiful Apek dan Yassin Yahya menjadikan jumlah ahli seramai sembilan orang.[1]

Sketsa-sketsa yang dinukilkan serta dipersembahkan para anggota kumpulan ini dilihat penting sebagai penunjuk cerminan masyarakat kelas pertengahan yang menikmati karya-karya mereka melalui tema yang disampaikan kaku mengena citarasa kelas tersebut.[2] Karya komedi mereka turut ada dipengaruhi penerbitan lawak yang masyhur ketika itu, seperti Gila-Gila.[2]

Remove ads

Keanggotaan

Maklumat lanjut Ahli, 1995-1996 ...

Sejarah

Kumpulan Senario telah ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan daripada 7 peserta finalis Sinaran Pasport Kegemilangan yang pernah diadakan pada tahun 1995 bilamana pada tahun itu, Shamsul Ghau Ghau telah dinobatkan sebagai juara dan Mazlan Ahmad menjadi naib juara tersebut.

Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk Hussain selaku yang mengetuai kumpulan Senario, serta anggota kumpulan iaitu Wahid, Ilya, Hamdan, Shamsul, Azlee dan Mazlan. Nama Senario ini diambil daripada idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario Setelah dilhamkan kembali oleh Shamsul Ghau Ghau. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama Senario pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan yang membawa watak komedi. Ternyata, sitkom komedi itu telah mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.

Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar daripada Senario dan mereka bergerak berlima sehinggalah Ilya dan Hamdan turut mengundurkan diri sekitar tahun 1998. Kemudian Senario menjadi empat selepas kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin Yahya. Senario ialah kumpulan pelawak yang paling terkenal ketika berlima dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan, Yassin dan Saiful Apek. Namun, pada tahun 2002, Yassin telah terpaksa menarik diri daripada Senario kerana kontraknya telah tamat dan berlaku kontroversi sehingga nama Senario sedikit tercalar. Seterusnya, Saiful Apek juga telah mengundurkan diri daripada Senario kerana ingin bergerak secara solo pada tahun 2004. Selepas tahun 2005, Azlee, Lan dan Wahid merupakan anggota Senario yang tinggal dan aktif sehingga tahun 2013. Setelah itu, kumpulan tersebut telah kurang mendapat publisiti disebabkan kehadiran pelawak-pelawak baru yang mula menyinar.

Pada Tahun 2014, Kumpulan Senario dianugerahkan dengan Anugerah Komedi Sepanjang Zaman. Kesemua ahli Kumpulan Senario hadir bersama-sama di Anugerah Lawak Warna 2014 untuk menerima pengiktirafan tersebut.

Bermula tahun 2017, Kumpulan Senario bersama bekas anggota kumpulan tersebut seperti Hamdan, Ilya, Saiful Apek dan Yassin telah bergabung semula dengan membentuk nama baru iaitu Senariounion. Kumpulan ini juga ingin menjemput semula anggota yang terawal seperti Shamsul Ghau-Ghau dan Farouk Hussein (penampilan jemputan).[perlu rujukan]

Senario merupakan kumpulan lawak pertama yang menyertai Anugerah Juara Lagu sehingga ke separuh akhir pada tahun 2000 (Cari Tapak) dan tahun 2003 (Joget Berbalas Pantun). Untuk final Anugerah Juara Lagu pula pada tahun 2000 dengan lagu Cepat Kaya dan tahun 2006 dengan lagu Zapin Cinta SMS bersama Adibah Noor. Ini merupakan satu sejarah dalam dunia muzik di tanahair kerana Senario berjaya memberikan saingan kepada penyanyi-penyanyi yang lain serta mempunyai lirik yang berunsurkan nasihat walaupun bukan daripada bidang nyanyian dan ini merupakan satu kejayaan yang amat bermakna bagi Senario sendiri.

Senario juga merupakan antara kumpulan pelawak yang mempunyai filem lebih banyak daripada pelawak yang lain dengan pengarah filem yang berbeza seperti Aziz M. Osman yang mengarahkan 5 buah filem bersama Senario iaitu Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi-Lagi Senario (2001), Senario XX (2005) dan Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita (2006). Pengarah lain yang mengarahkan filem-filem Senario adalah seperti Lang Buana (2003) arahan Mamat Khalid, Senario The Movie: Episode 1 (2008) dan Senario The Movie Episode 2: Beach Boys (2009) arahan Ahmad Idham, Senario Asam Garam (2010) arahan Hatta Azad Khan dan Senario The Movie Ops Pocot (2011) arahan Ismail Bob Hashim.

Remove ads

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...

Lagu-lagu

  • Sebelum Dan Sesudah
  • Tahi Lalat
  • Kerja (OST Senario The Movie)
  • Janji Kerepot
  • Lip Lap Lip Lap
  • Orang Kampung
  • Cinta Berkarat
  • Anje Anje
  • Jeling Jeling
  • Joget Senda Gurau
  • Senario Theme
  • Puasa Dan Raya
  • Zapin Usik Mengusik ft Eisya
  • Dikir Barat Siang Malam
  • Sayangku Ooi
  • Adik Adik
  • Motor Kapchai
  • Joget Toleh Menoleh
  • Oh Ya Ye Tungau Cinta
  • Laut, Udara, Darat
  • Hatiku Di Kampung
  • Calon Isteri
  • Cari Tapak (OST Lagi Lagi Senario)
  • Cepat Kaya
  • Cuba Teka Zapin Apa?
  • Hukum
  • Petani
  • Cinta Sate
  • Kang Kong Tong
  • Blues Tunggang Langgang
  • Rumah Tak Bertangga
  • Nyanyian Hujan (Yassin Senario ft Elly Mazlein) (OST Senario Lagi)
  • Mulut
  • Ceti Oh Ceti
  • Kerja Baik Kerja Jahat
  • Joget Berbalas Pantun
  • Simpanlah Duit
  • Al Kisah Pak Mat
  • Kereta DPiang
  • Cekau Cekau Duit Poket
  • Tanggungjawab Kahwin
  • Rock & Roll Roti Canai (OST Lagi Lagi Senario)
  • Langgar Lari Ligan
  • Sakit Dado Den Don
  • Zapin Cinta SMS ft Adibah Noor
  • Senarioria Fiesta
  • Kekasih Lama
  • Senario XX (OST Senario XX)
  • Darab
  • Ole-Ole Kasih
  • Jamilah
  • Eh... Eh...
  • Doi Didodoi Ibu Ayah

Lagu OST Filem (tidak termasuk yang termuat di dalam album studio)

Remove ads

Konsert & Jelajah

  • Konsert Senario sempena pelancaran album pertama (1996)
  • Konsert Senario Anti-Lanun(1997)
  • Konsert Senario sempena pelancaran album ke-2 Senario(1998)
  • Konsert Pop Orkestra Kuala Lumpur bersama Senario(1999)
  • Konsert Senario Live in Singapore (2000)
  • Konsert Senario Live in Brunei (2000)
  • Konsert Senario sempena Tahun Melawat Perak (2000)
  • Konsert Senario Live in Johor Bahru (2001)
  • Konsert Senario Live in Brunei (2003)
Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Filem, Lagi-Lagi Senario (2001) ...


Remove ads

Rancangan dan Program di TV

Sitkom

Telefilem

  • Senario Musang Berjanggut (2003)
  • Senario Ejen 003 (2010)
  • Senario: Sayang Ayah (2012)
  • Senario: Misteri Malam Raya (2013)

Rancangan Realiti

  • Senario Gelak Kaya (2004)

Komik

  • Senario: Majalah Kartun Ceria Berilmu! (1999)[5]

Pencapaian

MUZIK MUZIK & ANUGERAH JUARA LAGU

Maklumat lanjut Anugerah Juara Lagu, Tahun ...

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

ANUGERAH SKRIN

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

ANUGERAH LAWAK WARNA

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Duta , Model dan Tajaan

  • SenarioUnion dipilih menjadi duta dan model "Wajah Jakel Raya 2025" dengan tagline “The One and Only OTAI MASIH BERBISA - Senario “ dan hashtag "Raya mendonia bersama Jakel" untuk memperagakan variasi pakaian raya eksklusif yang hanya boleh didapati di setiap cawangan gedung tekstil Jakel di seluruh negara (2025)[8]
  • Hashtag lain: #JakelMendonia #JakelRayaMendonia #RayaMendoniaBersamaJakel #IngatRayalngatJakel
Remove ads

Galeri

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads