Lekukan Afar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Lekukan Afar (لکوقن افر) atau juga dikenali sebagai Segi Tiga Afar dan Lekukan Danakil adalah merupakan lekukan yang disebabkan oleh Persimpangan Ganda Tiga Afar yang merupakan sebahagian daripada Lembah Retakan Besar di Tanduk Afrika. Lekukan ini bertindih di negara Eritrea, Djibouti dan Habsyah. Lekukan Danakil dan kawasan paling rendah di benua Afrika iaitu Tasik Asal juga termasuk dalam lingkungan kawasan Lekukan Afar. Di kawasan inilah rangka berusia 3.2 juta tahun hominid Australopithecus afarensis yang dinamakan "Lucy" dijumpai.