Mariah al-Qibtiyah
From Wikipedia, the free encyclopedia
Maria al-Qibtiyyah (Arab: مارية القبطيةcode: ar is deprecated ) atau Maria si Qibti, bahasa Inggeris (Maria The Copt) (meninggal tahun 637) adalah seorang hamba perempuan yang asalnya beragama Kristian Koptik yang dikirimkan sebagai hadiah dari Muqawqis, seorang pegawai Byzantine, kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 628.[1] Menurut sebahagian tokoh Islam, dia turut menjadi isteri Nabi Muhammad, dan oleh itu "Ibu Orang-Orang Mukmin" (Arab: Ummul Mu'minin), sumber lain seperti Ibnu Qayyim bagaimanapun menyatakan bahawa dia hanya seorang hamba. Dia merupakan ibu kepada anak lelaki Nabi Muhammad yang bernama Ibrahim, yang meninggal ketika masih kecil. Adiknya, Sirin, juga dikirimkan kepada Muhammad; baginda kemudian memberikannya kepada sahabatnya Hassan bin Thabit.[2] Maria tidak pernah menikah lagi setelah kematian Muhammad pada tahun 632, dan dia meninggal lima tahun kemudian. Hari kelahirannya sampai saat ini tidak diketahui. Juga, tidak ada sumber kuat yang menyebutkan usianya.