Milenium ke-10 SM
alat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Milenium ke-10 SM menandakan permulaan zaman Mesolitik (atau Epipaleolitik) yang merupakan bahagian pertama Epok Holosen. Jumlah penduduk dunia ketika ini mungkin kurang daripada 5 juta orang, dengan kebanyakannya merupakan komuniti-komuniti pemburu-pemungut yang terselerak di seluruh semua benua. Penghijrahan orang-orang proto-Lapita ke pulau-pulau Pasifik juga berlaku pada masa ini. Tembikar dan dengan itu, mungkin juga masakan, dikembangkan secara berasingan di Jepun dan Afrika Utara. Pertanian mula berkembang di Sabit Subur, tetapi tidak diamalkan secara meluas sehingga 2,000 tahun lagi. Zaman Pengglasieran Würm berakhir dan zaman antara glasier yang berlangsung sehingga hari ini bermula dan membenarkan penempatan semula kawasan-kawasan utara.