Nouméa
From Wikipedia, the free encyclopedia
Nouméa (Sebutan bahasa Perancis: [numea]) ialah Ibu Negara dan bandar terbesar di New Caledonia sebagai kolektiviti khas Perancis. Ia terletak di semenanjung di selatan pulau utama Kaledonia Baharu, Grande Terre, dan memiliki beberapa kumpulan etnik di pulau ini seperti etnik Caucasian, Polynesian (terdiri Wallisians, Futunians, Tahitians), Indonesia, dan Vietnam, serta banyak entik Melanesia, Ni-Vanuatu dan Kanaks yang bekerja di satu diantara bandar perindustrian di Pasifik Selatan. Bandar ini terletak di pelabuhan air dalam yang dilindungi yang berfungsi sebagai pelabuhan utama untuk Kaledonia Baharu.
Nouméa | |
---|---|
Commune | |
Koordinat: 22°16′33″S 166°27′29″E | |
Negara | Perancis |
Kolektiviti sui generis | New Caledonia |
Wilayah | South Province (provincial seat) |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar (2020-2026) | Sonia Lagarde |
Keluasan 1 [1] | 45.7 km2 (17.6 batu persegi) |
• Bandar | 1,643 km2 (634 batu persegi) |
Penduduk (2019 Census[2])2 | 94,285 |
• Kepadatan | 2,100/km2 (5,300/batu persegi) |
• Bandar | 182,341 |
• Kepadatan bandar | 110/km2 (290/batu persegi) |
Pengagihan etnik | |
• 2014 census | Europeans 43.23% Kanaks 23.79% Wallisians and Futunans 6.67% Mixed 7.87% Other 18.44% |
INSEE/Poskod | 98818 /98800 |
Ketinggian | 0–167 m (0–548 ka) (purata 20 m atau 66 ka) |
1Data Daftar Tanah New Caledonia (DITTT), yang tidak termasuk tasik dan kolam yang lebih besar daripada 1 km² (0.386 sq mi or 247 acres) begitu juga muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja. |
Pada bancian September 2019, terdapat 182,341 penduduk di kawasan metropolitan daerah Greater Nouméa (Perancis: agglomération du Grand Nouméacode: fr is deprecated ), 94,285 di antaranya tinggal di kota (komun) tepat di Nouméa. [3] 67.2% penduduk Kaledonia Baharu tinggal di Greater Nouméa, yang meliputi komuniti Nouméa, Le Mont-Dore, Dumbéa dan Païta.