Petronas
Syarikat minyak dan gas Malaysia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Petroliam Nasional Berhad[5] atau lebih dikenali sebagai Petronas (digayakan sebagai PETRONAS) ialah sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia. Ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut. Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.[6][7][8] Menurut senarai kedudukan yang diterbitkan oleh Forbes Global 2000, Petronas Gas diumumkan sebagai syarikat awam ke-1881 terbesar di dunia pada tahun 2017.[9]
Jenis/bentuk sah | Milik negara |
---|---|
Industri | Minyak dan gas |
Ditubuhkan | 17 Ogos 1974; 49 tahun yang lalu (1974-08-17) |
Ibu pejabat | Menara 1, Menara Berkembar Petronas, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | |
Keluaran | Petroleum, gas asli, petrokimia |
Perkhidmatan | Stesen minyak, perkhidmatan perkapalan |
Hasil | ▼ AS$46.06 bilion (2016) dari S$55.68 bilion (2015)[3] |
Pendapatan bersih | ▲ AS$5.28 bilion (2016) dari AS$4.69 bilion (2015) |
Jumlah aset | ▲ AS$135.63 bilion (2016) dari AS$133.07 bilion (2015)[3] |
Jumlah ekuiti | ▲ AS$95.22 bilion (2016) dari AS$93.44 bilion (2015) |
Pemilik | Kerajaan Malaysia |
Bilangan kakitangan | 51,000 (2016)[4] |
Syarikat induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Anak syarikat |
|
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejak diperbadankan, Petronas berkembang menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di 31 negara. Sehingga akhir Mac 2005, Kumpulan ini mengandungi 103 pemilikan sendiri anak-anak syarikat, 19 syarikat kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dimiliki separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, menjadikan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada "kembar tujuh" yang baru":[10] syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.
Petronas menyediakan satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuk penerokaan huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran talian paip gas; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.
Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42 pada 31 Ogos 1998 yang juga hari ulang tahun syarikat ke-24. Pada 11 Mac 2016, Kerajaan Malaysia secara rasminya menamatkan jawatan mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas. Tindakan ini diambil berikutan ketidakfahaman dalam kesaksamaan berpolitik, dimana Mahathir dilihat menyerang secara terbuka pentadbiran dan personaliti Perdana Menteri ketika itu Najib Razak, Mahathir juga dilihat mengadakan baiah bersama pemimpin pembangkang sebagai satu langkah untuk meminta Perdana Menteri melepaskan jawatannya. Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya bersetuju atas penamatan ini kerana "tidak menyokong kerajaan yang sedia ada dan tidak patut mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan".[11]
Sebanyak 0.69 peratus gas yang dilepaskan melalui proses perindustrian global dari tahun 1988 hingga 2015 berasal daripada aktiviti-aktiviti Petronas.[12] Oleh itu, Petronas merupakan antara penyumbang utama perubahan iklim, suatu fenomena yang membawa banyak risiko terhadap kesihatan, pekerjaan, kestabilan bekalan makanan dan air, keselamatan, serta perkembangan ekonomi.[13]