Parti Keadilan Nasional
bekas parti politik di Malaysia; digantikan dengan Parti Keadilan Rakyat / From Wikipedia, the free encyclopedia
Parti Keadilan Nasional (Bahasa Inggeris: National Justice Party juga singkatan: KeADILan atau kerap juga ditulis dan dipanggil sebagai PKN) merupakan sebuah parti politik di Malaysia. Ia lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda Malaysia selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. PKN kini telah dijenamakan sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas melakukan penggabungan pada 2003.
Fakta Segera Singkatan, Pengasas ...
Parti Keadilan Nasional KeADILan | |
---|---|
Singkatan | keADILan atau PKN |
Pengasas | Wan Azizah Wan Ismail |
Ditubuhkan | 4 April 1999; 25 tahun yang lalu (1999-04-04) |
Dibubarkan | 3 Ogos 2003; 20 tahun yang lalu (2003-08-03) |
Gabungan | Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) & Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan) |
Pecahan | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Bergabung | dengan Parti Rakyat Malaysia membentuk Parti Keadilan Rakyat |
Digantikan oleh | Parti Keadilan Rakyat |
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
Keanggotaan | 218,950 (Julai 2003) |
Ideologi | Keadilan Sosial, Progresif, Demokrasi Liberal, Multirasialisme |
Warna | Biru muda |
Slogan | Reformasi |
Tutup
Jangan dikelirukan dengan Parti Keadilan Rakyat.