Perang Lubnan 2006 juga dikenali sebagai Perang Israel-Hezbollah 2006 dan di Lubnan sebagai Perang Julai[27] (Arab: حرب تموزcode: ar is deprecated , Ḥarb Tammūz) dan di Israel sebagai Perang Lubnan Kedua (Ibrani: מלחמת לבנון השנייהcode: he is deprecated , Milhemet Levanon HaShniya),[28] adalah satu konflik bersenjata selama 34 hari di Lubnan dan utara Israel. Pihak bersengketa utama adalah pejuang Hezbollah dan tentera Israel. Konflik bermula pada 12 Julai 2006, dan berlanjutan sehingga satu gencatan senjata yang ditaja oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu berkuatkuasa pada pagi 14 Ogos 2006, meskipun ia secara rasminya berakhir pada 8 September 2006 apabila Israel menarik balik sekatan laut ke atas Lubnan.