Rejab
From Wikipedia, the free encyclopedia
Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah ﷺcode: ar is deprecated telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah ﷺcode: ar is deprecated telah diisra'kan dari Masjid al-Haram di Makkah (Arab Saudi) ke Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis (Palestin) menunggang Buraq.
Bulan ini juga merupakan bulan-bulan permulaan kepada bulan Ramadhan, yang berikutan selepas bulan Syaaban. Apabila baginda ﷺcode: ar is deprecated melihat anak bulan Rejab, baginda akan berdoa kepada Allah seperti yang berikut:
اللّهمّ بارك لنا في رجب و شعبان وبلّغنا رمضانcode: ar is deprecated
Allāhumma bārik lanā fī rajaba wa shaʻbāna wa balligh-nā ramaḍāna
"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah (panjangkan umur) kami kepada Ramadhan."