Samuel de Champlain
From Wikipedia, the free encyclopedia
Samuel de Champlain (k.k. 1580 - 25 Disember 1635), "bapa Perancis Baru", ialah seorang kelasi yang kemudian diberi penghormatan sebagai seorang ahli pelayaran yang berbakat, serta juga pembuat peta, dan pengasas Bandaraya Quebec.
Champlain memainkan peranan yang utama dalam pembukaan Amerika Utara kepada perdagangan Perancis, khususnya dalam perdagangan bulu haiwan. Pengaruhnya masih dirasakan dengan keberadaan orang Kanada-Perancis di Quebec, kawasan yang beliau membuat kebanyakan penjelajahannya. Tabiatnya adalah untuk menjelajah Amerika Utara selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum pulang ke Perancis untuk mengutip wang supaya dapat membiayai penjelajahan selanjutnya.