Sinagog
From Wikipedia, the free encyclopedia
Sinagog[1], saumaah[2] (Jawi: صومعة) atau kanisah[3][4] (bahasa Inggeris: synagogue, bahasa Yiddish: שול, shul) merupakan pusat keagamaan dan tempat ibadat khusus agama Yahudi. Lazimnya diketuai oleh seorang Rabai. Pada zaman Bani Israel dahulu ia dikenali sebagai Haikal. Pelbagai upacara keagamaan Yahudi dijalankan di dalam saumaah dan lazimnya ia dikira tempat paling suci di kalangan masyarakat Yahudi.