Penyiaran radio
siaran kandungan bunyi kepada umum melalui bahantara perhubungan bunyian massa / From Wikipedia, the free encyclopedia
Penyiaran radio ialah perkhidmatan penyiaran audio (bunyi) ke udara dalam bentuk gelombang radio (sebentuk sinaran elektromagnet) dari pemancar ke antena penerima. Stesen radio boleh dihubungkan dalam rangkaian radio untuk menyiarkan rancangan bersama, sama ada secara bersindiket atau siaran serentak. Penyiaran audio juga boleh dilakukan melalui FM kabel, rangkaian talian tempatan, satelit dan Internet.