Top Qs
Timeline
Chat
Perspective

User:Pohan596/sandbox

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Les' Copaque Production Sdn Bhd atau Les’ Copaque sahaja (digayakan sebagai LES' COPAQUE) ialah sebuah syarikat penerbitan dan studio animasi komputer 3D berstatus MSC yang bertapak di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Les' Copaque bukan sahaja mengerjakan bidang animasi, malah menjadi syarikat pengeluar penuh yang juga melibatkan pengemukaan idea, rakaman suara dan pascapenerbitan yang disertakan dengan karya animasinya. Studio ini banyak melibatkan tenaga kerja dari bakat-bakat muda.

Quick Facts Company type, Industry ...
Remove ads

Sejarah

Summarize
Perspective

Les' Copaque ditubuhkan pada Disember 2005 oleh penerbit Haji Burhanuddin Md Radzi dan Hajah Hajah Ainon Ariff. Mereka bersama tiga graduan Universiti Multimedia (MMU) telah memulakan syarikat tersebut. Usamah Zaid bin Yasin merupakan salah seorang yang telah membantu menubuhkan syarikat ini dan kini memegang jawatan Pengarah Kreatif di Les' Copaque. Mereka menamakan studio mereka sempena istilah bahasa Melayu "Last Kopek" yang bermaksud "peluang terakhir" dan ditukar ejaan menjadi seolah-olah bahasa Perancis.

Projek animasi sulung mereka, Misi Mustahak, yang merangkul empat anugerah pada tahun 2005: Karya Terbaik ("Best of the 10th MVA 2005") dan Pingat Emas Filem Animasi Pendek (Terbuka) di Anugerah Video Malaysia (MVA) ke-10; Tertiary Student Projects (Multimedia Kreatif) di Koridor Raya Multimedia-APICTA 2005; dan Best of Multimedia University Collection 2005 di Creative Pixels, Galeri Seni Negara telah menarik minat penerbit untuk menubuhkan syarikat animasi bersama mereka.

Khidmat Les' Copaque pernah digunakan untuk menghasilkan pesanan khidmat masyarakat serta satu iklan GT Jepun pada tahun 2006. Syarikat ini juga melangkah ke menghasilkan cereka animasi pendek Geng: Pengembaraan Bermula pernah merangkul gelaran juara keseluruhan, filem animasi terbaik dan pengarah animasi terbaik di Anugerah Filem Pendek 2006.[1]

Pada tahun 2007, Les' Copaque memperkenalkan watak animasi yang tersohor di Malaysia, iaitu Upin & Ipin sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sementara mengusahakan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang turut menampilkan adik-beradik kembar tersebut. Filem itu akhirnya dikeluarkan pada 12 Februari 2009[1], dan berjaya memungut hasil kutipan pawagam sekitar RM 6.3 juta[2], menjadikannya antara filem Malaysia yang meraih kutipan tertinggi dalam sejarah.

Pada 2014, Les' Copaque telah menubuhkan akademi animasinya yang tersendiri kerana menyedari pendidikan dalam bidang ini amat penting dalam membangunkan sebuah produksi 3D tidak kira sebagai pekerja, usahawan dan pemilik produksi. Bidang Animasi 3D bukan lagi hanya bergantung dalam menghasilkan kartun sahaja, tapi bidang ini sudah meluas ke beberapa cabang. Les' Copaque Animation Academy (LCAA) dibangunkan bukan sahaja memenuhi kehendak pasaran tetapi LCAA juga menjadi pelengkap kepada bidang pendidikan di peringkat kemahiran sehingga ke tahap universiti.

Remove ads

Anak syarikat

Antara anak syarikat yang ditubuhkan ialah

  • Les' Copaque Game Development (LCGDI)
  • Les' Copaque Animation Academy (LCAA)
  • Les' Copaque Training Centre
  • Les' Copaque Merchandising (Upin & Ipin Store)
  • Geng' Corner (Upin & Ipin Flava)
  • Les' Copaque Film (LC Film)

Filemografi

Summarize
Perspective

Filem

More information Filem, Tarikh Tayangan ...

Akan Datang

More information Filem, Tarikh Tayangan ...

Televisyen

More information Nama, Tarikh Tayangan ...

Lain-lain

More information Nama, Ditayangkan Di ...

Drama Les' Copaque (LC FILM)

More information Drama & Filem, Penerbit ...

Aksi Langsung

More information Nama, Ditayangkan Di ...

Taman Tema

 Selangor

  • Upin & Ipin Theme Park Cyberjaya (Akan Datang)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads