![cover image](https://wikiwandv2-19431.kxcdn.com/_next/image?url=https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6d/2020_Summer_Olympics_text_logo.svg/langms-640px-2020_Summer_Olympics_text_logo.svg.png&w=640&q=50)
Sukan Olimpik Musim Panas 2020
acara Sukan Olimpik ke-32 pada Tokyo, Jepun pada 2021 / From Wikipedia, the free encyclopedia
Sukan Olimpik Musim Panas 2020 (2020年夏季オリンピックcode: ja is deprecated , Nisen Nijuu Nen Kaki Orinpikku), secara rasmi dikenali sebagai Sukan Olimpik XXXII (第三十二回オリンピック競技大会code: ja is deprecated , Dai Sanjuuni-kai Orinpikku Kyougi Taikai) dan secara meluas dikenali sebagai Tokyo 2020 (東京2020code: ja is deprecated ), ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021 di Tokyo. Bandaraya ini diumumkan sebagai tuan rumah semasa Sesi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-125 di Buenos Aires pada 7 September 2013.[1] Tokyo sebelum ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan merupakan bandaraya kelima (yang pertama di Asia) untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas lebih daripada sekali.
![]() | |
Hos Bandar | Tokyo, Jepun |
---|---|
Cogan kata | United by Emotion (Disatukan oleh emosi) |
Negara | 205 (+ Pasukan EOR) |
Atlet | 11,326 |
Acara | 339 dalam 33 sukan |
Pembukaan | 23 Julai 2021 |
Penutupan | 8 Ogos 2021 |
Dibuka oleh | |
Kawah Obor | |
Stadium | Stadium Olimpik Tokyo |
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 |
Pada 24 Mac 2020, pihak IOC mengumumkan penundaan penganjuran acara ini ke tahun berikutnya berikutan pandemik COVID-19 yang berlaku pada masa itu.[2] Pada 30 Mac, pihak IOC mengumumkan tarikh baharu ialah 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.[3]