28 November merupakan hari ke-332 (hari ke-333 dalam tahun lompat ) dalam kalendar Gregory . Tinggal 33 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
Robert Boyle
Nancy Astor, Viscountess Astor
1660 - Di London , Robert Boyle (gambar) , John Wilkins , Christopher Wren dan ahli sains terkemuka lain menubuhkan satu persatuan terpelajar yang kini dikenali sebagai Royal Society .
1785 - Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Hopewell pertama dengan Indian Cherokee .
1905 - Nasionalis Ireland Arthur Griffith membentangkan dasar Sinn Féin , mengisytiharkan bahawa Akta Kesatuan Great Britain dan Ireland 1800 tidak sah.
1919 - Nancy Astor (gambar) terpilih sebagai Ahli Parlimen wanita pertama dalam Dewan Rakyat British .
1966 - Penerbangan pertama kapal angkasa lepas Soyuz dilancarkan. Misi tanpa anak kapal ini merupakan pendahulu misi Soyuz 1 .
1975 - Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan daripada Portugal.
1979 - Penerbangan 901 Air New Zealand terhempas ke Gunung Erebus di Antartika , membunuh kesemua 257 orang di dalamnya.
1998 - Perlembagaan Albania kini, antara lain membenarkan republik berparlimen , disahkan melalui satu pungutan suara.
2000 - Presiden Ukraine Leonid Kuchma dituduh secara terang-terangan terlibat dalam penculikan wartawan Georgiy Gongadze dan beberapa jenayah lain.
2007 - Persidangan Damai Annapolis untuk menyelesaikan Konflik Israel-Palestin berlangsung di Maryland , Amerika Syarikat.
2010 - WikiLeaks mengeluarkan koleksi lebih 250,000 kawat diplomatik Amerika Syarikat, termasuk 100,000 bertanda "sulit" atau "rahsia".
2011 - Akta Perhimpunan Aman diluluskan Parlimen Malaysia selepas enam pindaan daripada rang undang-undang asal.