Ajax Amsterdam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Amsterdamsche Football Club Ajax atau Ajax Amsterdam, AFC Ajax, atau hanya Ajax (disebut [A-yaks]) adalah sebuah kelab bola sepak dari Amsterdam, Belanda. Kelab ini antara pasukan bola sepak paling kuat di negara Belanda dan antara yang paling berjaya di Eropah.
Fakta Segera Nama penuh, Gelaran ...
Nama penuh | Amsterdamsche Football Club Ajax | |||
---|---|---|---|---|
Gelaran | de Godenzonen ("Anak-anak Dewa-Dewa"), Ajacieden, de Joden ("Sang Yahudi"), de Amsterdammers ("Anak-anak Amsterdam"), I Lancieri ("Sang Penombak"), Lucky Ajax ("Ajax yang bertuah") | |||
Diasaskan | 18 Mac 1900; 124 tahun yang lalu (1900-03-18) | |||
Stadium | Amsterdam ArenA (Kapasiti: 52,342[1]) | |||
Pemilik | AFC Ajax NV (Euronext: AJAX) | |||
Pengerusi | Hennie Henrichs | |||
Liga | Eredivisie | |||
2022-23 | Eredivisie, ke-3 | |||
Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
Tutup
Ajax adalah salah satu dari empat kelab yang telah telah memenangi ketiga-tiga gelaran utama bola sepak di benua Eropah selain Bayern Munich, Barcelona dan Juventus[2] iaitu Liga Juara-Juara UEFA, Piala Pemenang Piala, dan Piala UEFA. Di negara Belanda, Ajax menjuarai Eredivisie, liga bola sepak utama Belanda sebanyak 33 kali[3] .