Abu Bakar Titingan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan Damsani ialah seorang pemimpin Melayu yang disegani dan disayangi oleh orang-orang Melayu di Tawau kerana jasa dan pengorbanannya.
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Dilahirkan 1920 di Sandakan dan namun berhijrah untuk menetap di Tawau ketika era pendudukan tentera Jepun dan telah berkahwin dengan gadis tempatan di Tawau . Nama sebenar beliau ialah Titingan bin Damsani namun setelah pemergian pemimpin dan juga guru yang beliau kasihi iaitu Penghulu Abu Bakar pada tahun 1953, beliau memakai 'Abu Bakar' pada awal namanya sebagai tanda hormat dan rasa kasih yang tidak terhingga. Sehingga kini, beliau terus dikenali dan diingati sebagai Datuk Abu Bakar Titingan.