Jenis air untuk bersuci dalam Islam
From Wikipedia, the free encyclopedia
Agama Islam meletakkan air sebagai suatu benda yang suci lagi-lagi dalam kalangan penganut Muslim untuk melaksanakan ibadah sehari-harian. Walau bagaimanapun, Islam tidak menyatakan status semua air adalah suci dengan mengkategorikan semua sumber air kepada beberapa jenis:
- Air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh digunakan. Contohnya air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ).
- Air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan iaitu air yang terjemur di di bawah kepanasan matahari. Contohnya air musyammas (ﻣﺸﻤﺲ).
- Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan air yang digelar musta'mal (ﻣﺴﺘﻌﻤﻞ), air yang berubah dengan suatu yang suci.
- Air bernajis yang dikenali sebagai air mutanajjis (ﻣﺘﻨﺠﺲ).
- Rencana ini adalah mengenai air dari segi kegunaan untuk bersuci dalam Islam. Untuk melihat gambaran umum mengenai air, sila lihat Air.