Alejandro González Iñárritu
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alejandro González Iñárritu (Sebutan Sepanyol: [aleˈxandɾo gonˈsales iˈɲaritu]; dikredit sejak tahun 2014 sebagai Alejandro G. Iñárritu; lahir Ogos 15, 1963) ialah seorang pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem dan bekas komposer Mexico. Enam filem beliau—Amores perros (2000), 21 Grams (2003), Babel (2006), Biutiful (2010), Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance) (2014) dan The Revenant (2015) menerima pujian meluas dan memenangi pelbagai anugerah. Iñárritu memenangi Anugerah Akademi bagi kategori Pengarah Terbaik, Skrip Asal Terbaik Terbaik dan Filem Terbaik untuk filem Birdman. Pada tahun 2016, beliau memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk The Revenant di Anugerah Akademi ke-88.
Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Alejandro González Iñárritu | |
---|---|
Kelahiran | (1963-08-15) 15 Ogos 1963 (umur 60) Bandaraya Mexico, Mexico |
Nama lain | Alejandro G. Iñárritu |
Pekerjaan | Pengarah filem, penulis skrip, penerbit filem, komposer |
Tahun aktif | 1984–sekarang |
Pasangan | Maria Eladia Hagerman |
Anak-anak | 3 |
Tutup