Alfred Rosenberg
From Wikipedia, the free encyclopedia
Alfred Ernst Rosenberg (listen (bantuan·maklumat)) (12 Januari 1893 – 16 Oktober 1946) ialah seorang anggota terawal Parti Nazi dan berpengaruh intelektual. Rosenberg mula-mula diperkenalkan pada Adolf Hitler oleh Dietrich Eckart; beliau kemudian memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan Nazi. Beliau dianggap salah seorang penulis utama kepercayaan ideologi Nazi yang penting, termasuk teori perkaumannya, penindasan Yahudi, Lebensraum, pembatalan Persetiaan Versailles, dan tentangan terhadap "kemerosotan" seni moden. Beliau juga dikenali kerana menolak agama Kristian, serta memainkan peranan penting dalam membangunkan Kristian Positif, yang beliau cadangkan untuk menjadi peralihan bagi kepercayaan baru Nazi. Di Nuremberg beliau telah dibicarakan, dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Alfred Rosenberg | |
---|---|
Pemimpin Pejabat Dasar Luar Negeri NSDAP | |
Dalam jawatan 1933–1945 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiada |
Komisar bagi Penyeliaan Intelektual dan Pendidikan Ideologi NSDAP (aka Rosenberg office) | |
Dalam jawatan 1934–1945 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiada |
Menteri Wilayah Taklukan Timur Reich | |
Dalam jawatan 1941–1945 | |
Presiden | Adolf Hitler (Führer) |
Canselor | Adolf Hitler (Führer) |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Tiada |
Reichsleiter | |
Dalam jawatan 2 Jun 1933 – 8 Mei 1945 | |
Pemimpin | Adolf Hitler |
Butiran peribadi | |
Lahir | Alfred Ernst Rosenberg (1893-01-12)12 Januari 1893 Reval, Estonia, Empayar Rusia |
Meninggal dunia | 16 Oktober 1946(1946-10-16) (umur 53) Nuremberg, Jerman (Dihukum gantung sampai mati) |
Kerakyatan | Jerman |
Parti politik | Parti Buruh Jerman Sosialis Nasional (Parti Nazi) |
Pasangan | Hilda Leesmann (1915–1923; cerai) Hedwig Kramer (1925–1946) |
Anak-anak | 2 |
Alma mater | Institut Politeknik Riga Universiti Teknikal Moscow |
Profesion | Arkitek, ahli politik, penulis |
Kabinet | Kabinet Hitler |
Tandatangan |