From Wikipedia, the free encyclopedia
Algeria Uthmaniyah, atau nama rasminya Kemahkotaan Algiers merupakan sebuah wilayah empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Algiers. Ia merangkumi keseluruhan kawasan pantai pada zaman Algeria moden kini. Ia diasaskan pada tahun 1525 apabila Hayreddin Barbarossa berjaya manawan kota ini.[6][7] Kemahkotaan Algiers juga merupakan pusat utama bagi kuasa Uthmaniyah di Maghreb.[6] Ia digunakan sebagai pangkalan bagi menyerang kapal-kapal milik Eropah.[6] Ia berjaya mengalahkan Zianid, Hafsid dan Afrika Utara Sepanyol, dan menjadi hub pelabuhan utama sehingga penaklukan Perancis pada tahun 1830.
Eyalet-i Cezayir-i Garb[1][2] | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Eyalet[3] di Empayar Uthmaniyyah | |||||||
sekitar 1517–1830 | |||||||
| |||||||
Ibu kota | Algiers | ||||||
Populasi | |||||||
• 1808 | 3,000,000 | ||||||
History | |||||||
Kerajaan | |||||||
• Jenis | Monarki mutlak | ||||||
Dey | |||||||
• 1517-1518 | Oruç Reis | ||||||
• 1818-1830 | Hussein Dey | ||||||
Sejarah | |||||||
• Ditubuhkan | sekitar 1517 | ||||||
• Penaklukan Perancis ke atas Algiers | 1830 | ||||||
|
Bermula pada tahun 1496, Sepanyol telah menawan dan menduduki beberapa wilayah di pantai Afrika Utara, iaitu: Melilla (1496), Mers-el-Kebir (1505), Oran (1509), Bougie (1510), Tripoli (1510), Algiers, Shershell, Dellys, dan Tenes.[8]
Pada masa yang sama, adik beradik privateer berbangsa Turki iaitu Oruç dan Hayreddin, kedua-duanya dikenali dikenali di Eropah sebagai Barbarossa, atau "Jambang Merah" beroperasi di luar pantai Tunisia di bawah perlindungan Hafsid. Pada tahun 1516, Oruç memindahkan pangkalan operasi beliau ke Algiers dan memohon perlindungan daripada empayar Uthmaniyah pada tahun 1517. Beliau terbunuh pada tahun 1518 semasa menyerang Kerajaan Beraja Tlemcen. Hayreddin telah mengantikan beliau sebagai komander tentera di Algiers.
Oruç telah menawan Algiers pada tahun 1516, selain Peñón Algiers milik Sepanyol. Berikutan dengan kematian Oruç pada tahun 1518 di tangan Sepanyol dalam serangan ke atas Tlemcen, Barbarossa telah meminta bantuan daripada empayar Uthmaniyah, sebagai tukaran bagi akuan kekuasaan Uthamniyyah di wilayah beliau.[7] Sebelum bantuan daripada Uthmaniyah tiba, Sepanyol berjaya merampas semula kota Algiers pada tahun 1519. Barbarossa berjaya menawan kembali kota ini pada tahun 1525, dan pada tahun 1529 berjaya menawan Peñon Sepanyol semasa menawan Algiers.[7]
Hayreddin Barbarossa telah membina asas pasukan tentera di Algiers. Manakala empayar Uthmaniyah pula menghantar 2,000 orang tentera Turki yang dilengkapi dengan artileri.[7] Beliau meletakkan Hasan Agha sebagai komander semasa beliau pergi ke Istanbul pada tahun 1533.[6]
Anak lelaki Barbarossa, Hasan Pashan meruapakan gabenor pertama kemahkotaan ini yang dilantik secara terus oleh Uthmaniyah pada tahun 1544, apabila Barbarossa bersara dan dianugerahkan gelaran sebagai beylerbey.[6] Algiers menajdi sebuah pangkalan dalam perang melawan Sepanyol, dan juga semasa konflik Uthmaniyyah dengan Maghribi.
Beylerbey terus dilantik dengan tanpa had tempoh sehingga tahun 1587. Setelah Sepanyol menghantar duta ke Istanbul pada tahun 1578 bagi merundingkan sebuah penjanjian damai, yang mana menghasilkan perjanjian damai rasmi pada bulan Ogos 1580, dan mengakui bahawa Kemahkotaan Algiers adalah milik sah dan sebuah wilayah di dalam empayar Uthmaniyah, dan bukannya sebuah pangkalan tentera dalam perang menentang Sepanyol.[6] Pada waktu ini, Uthmaniyah telah mengasaskan sebuah struktur pentadbirandi Algiers dan wilayah jajahannya dan diketuai oleh para Pasha, dengan tempoh selama 3 tahun bagi membantu mengukuhkan kuasa Uthmaniyah di Maghreb.
Semasa Perang Napoleon, Kemahkotaan Algiers banyak mendapat manfaat daripada perdagangan di Mediterranean, dan jumlah import makanan yang besar dari Perancis, hampir sebahagian besar secara hutang oleh Perancis. Pada tahun 1827, Hussein Dey, seorang pemerintah Uthmaniyah di Algeria, menuntut agar Perancis membayar hutang lapuk sejak 31 tahun, yang mana telah ditandatangani pada tahun 1799 bagi membeli bekalan untuk tentera Perancis yang berperang di Mesir.
Konsul Perancis Pierre Deval enggan memberi jawapan yang memuaskan kepada dey. Dengan perasan marah, Hussein Dey telah menyentuh konsul dengan kipas beliau. Charles X kemudian menggunakan alasan ini untuk memutuskan hubungan diplomatik. Kemahkotaan Algiers tamat denggan serangan Perancis ke atas Algiers pada tahun 1830, diikuti dengan pemerintahan Perancis untuk 132 tahun seterusnya.[9]
Selepas penaklukan oleh Turki, Algeria menjadi sebuah wilayah di dalam empayar Uthmaniyah. Kemahkotaan ini telah ditadbir dengan jayanya oleh para Beylerbey (1518–70), Pacha (1570–1659), Agha (1659–71), kemudian Dey (1671–1830), bagi pihak sultan Uthmaniyah.
Sehingga 1671, Beylerbey, Pacha dan Agha telah dilantik oleh sultan Uthmaniyah dan tunduk kepada beliau. Selepas rampasan kuasa pada tahun 1671, kemahkotaan berjaya mendapatkan kuasa autonomi yang lebih besar dan menjadi sebuah republik tentera diperintah atas nama sultan Uthmaniyah oleh para Dey, dengan para pegawainya samada dipilih oleh militia Uthmaniyah atau Keptain.[10][11] Bermula tahun 1718 dan seterusnya, para Dey telah dipilih oleh Divan, sebuah dewan yang diwujudkan bagi mewakili kepentingan kedua-dua pihak Keptain dan Janissari.
Setakat tahun 1808, jumlah penduduk di Kemahkotaan Algiers dianggarkan sekitar 3 juta orang, di mana 10,000 orang adalah orang 'Turks' (termasuk orang berketuruna Kurdi, Muslim Yunani dan Albania[12]) dan 5,000 orang Kouloughlis (daripada bahasa Turki kul oğlu, bermaksud "anak lelaki para hamba (Janissari)", iaitu hasil perkahwinan campur antara orang Turki dan wanita tempatan).[13] Menjelang tahun 1830, lebih daripada 17,000 orang Yahudi tinggal di wilayah ini.[14]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.