Aman Ramli Jaafar
Pelakon, pelawak, pengarah dan penulis skrip Indonesia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Aman Ramlie bin Jaafar atau lebih dikenali sebagai A. R. Tompel (24 Oktober 1918 – 30 Januari 1973) merupakan seorang pelakon filem Melayu bersama dengan P. Ramlee dan Ibrahim Din dalam filem Do Re Mi dan Anak Bapak.
A. R. Tompel | |
---|---|
Kelahiran | Aman Ramlie bin Jaafar (1918-10-24)24 Oktober 1918 |
Meninggal dunia | 30 Januari 1973(1973-01-30) (umur 54) |
Sebab kematian | Kemalangan jalan raya |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak, pengarah, penulis skrip |
Tahun aktif | 1949–1973 |
Terkenal kerana | Siri filem Do Re Mi dan Anak Bapak |
Pasangan |
|
Anak-anak | 9 (termasuk A. R. Badul, Amran Tompel dan Adlin Aman Ramlie) |
A.R. Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramlie bin Jaafar dilahirkan pada 24 Oktober 1918 di Tanjung Balai, Asahan, Indonesia. Sebelum menyertai bidang lakonan, A. R. Tompel sudah pun bergiat aktif dalam kumpulan bangsawan.
Jejak beliau kini diteruskan oleh anaknya, Armaya Aman Ramlie (A. R. Badul), Adlin Aman Ramlie, Amran Aman Ramlie (Amran Tompel), Armali Aman Ramlie, Dicky Aman Ramlie, Azman Aman Ramlie, Roslan Aman Ramlie, Azlan Aman Ramlie dan Anuar Aman Ramlie. Beliau juga mempunyai 9 anak perempuan dan seorang anak lelaki bersama Azizah Ismail.