Presiden Mexico From Wikipedia, the free encyclopedia
Antonio de Padua María Severino López de Santa Anna y Pérez de Lebrón (21 Februari 1794 – 21 Jun 1876),[1] lebih dikenali dengan nama Santa Anna[2] atau López de Santa Anna, digelar "Napoleon dari Barat" adalah seorang pemimpin politik, jeneral dan presiden Mexico yang banyak mempengaruhi politik dan kerajaan awal Mexico dan Sepanyol. Santa Anna pertama kali berperang dalam mendapatkan kemerdekaan Mexico dari Sepanyol. Meskipun beliau bukanlah caudillo (pemimpin tentera) pertama dari Mexico, tetapi tergolong di dalam antara yang terawal.[3] Beliau memegang jawatan sebagai jeneral atau presiden (atau kedua-duanya pada masa yang sama) pada beberapa ketika semasa tempoh pergolakkan karier beliau selama 40 tahun; beliau adalah presiden bagi Mexico sebanyak 11 kali yang berjumlah 22 tahun.
Antonio López de Santa Anna | |
---|---|
Presiden Mexico | |
Dalam jawatan 17 Mei 1833 – 4 Jun 1833 | |
Didahului oleh | Valentín Gómez Farías |
Digantikan oleh | Valentín Gómez Farías |
Dalam jawatan 18 Jun 1833 – 5 Julai 1833 | |
Didahului oleh | Valentín Gómez Farías |
Digantikan oleh | Valentín Gómez Farías |
Dalam jawatan 27 Oktober 1833 – 15 Disember 1833 | |
Didahului oleh | Valentín Gómez Farías |
Digantikan oleh | Valentín Gómez Farías |
Dalam jawatan 24 April 1834 – 27 Januari 1835 | |
Didahului oleh | Valentín Gómez Farías |
Digantikan oleh | Miguel Barragán |
Dalam jawatan 20 Mac 1839 – 10 Julai 1839 | |
Didahului oleh | Anastasio Bustamante |
Digantikan oleh | Nicolás Bravo |
Dalam jawatan 10 Oktober 1841 – 26 Oktober 1842 | |
Didahului oleh | Francisco Javier Echeverría |
Digantikan oleh | Nicolás Bravo |
Dalam jawatan 4 Mac 1843 – 4 Oktober 1843 | |
Didahului oleh | Nicolás Bravo |
Digantikan oleh | Valentín Canalizo |
Dalam jawatan 4 Jun 1844 – 12 September 1844 | |
Didahului oleh | Valentín Canalizo |
Digantikan oleh | José Joaquín de Herrera |
Dalam jawatan 21 Mac 1847 – 2 April 1847 | |
Didahului oleh | Valentín Gómez Farías |
Digantikan oleh | Pedro María de Anaya |
Dalam jawatan 20 Mei 1847 – 15 September 1847 | |
Didahului oleh | Pedro María de Anaya |
Digantikan oleh | Manuel de la Peña y Peña |
Butiran peribadi | |
Lahir | Xalapa, Sepanyol Baru | 21 Februari 1794
Meninggal dunia | 21 Jun 1876 82) Mexico City, Mexico | (umur
Parti politik | Liberal-Konservatif |
Pasangan | Inés García Dolores de Tosta |
Tandatangan |
Santa Anna telah dilahirkan di Xalapa, Veracruz, Nueva España ("New Spain"), pada 21 Februari 1794. Keluarga beliau adalah keturunan Sepanyol yang dihormati, dan beliau dan kedua orang tuanya, Antonio López de Santa Anna (yang mana pada satu ketika berkhidmat sebagai duta kecil di Veracruz) dan Manuela Pérez de Lebrón, yang berasal dari keluarga kelas pertengahan criollo (criollos adalah orang berketurunan Eropah tetapi dilahirkan di Amerika). Keluarga Santa Anna adalah cukup kaya bagi membolehkan beliau dihantar ke sekolah.
Pada bulan Jun 1810, Santa Anna yang berumur 16 tahun menyertai rejimen infantri Fijo de Veracruz sebagai seorang kadet – bertentangan dengan kehendak orang tua beliau, yang ingin melihat beliau menceburi karier dalam perniagaan.[4]
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.