perisian yang mana tugasnya menjalankan fungsi-fungsi tertentu untuk kegunaan pengguna From Wikipedia, the free encyclopedia
Perisian penggunaan (bahasa Inggeris: application software ) merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan khusus[1] yang diingini pengguna. Hal ini adalah berlainan dengan perisian sistem yang membabitkan menyatukan pelbagai keupayaan komputer, tetapi biasanya tidak menggunakannnya secara langsung bagi melaksanakan tugasan yang menguntungkan pengguna. Dalam erti kata ini, istilah penggunaan merujuk kepada kedua-dua perisian penggunaan dan pelaksanaannya.
Perumpamaan yang sama, sungguhpun kurang sempurna, dari segi perkakasan merupakan kaitan antara mentol lampu eletrik (penggunaan) kepada loji jana kuasa eletrik (sistem). Loji kuasa hanya menghasilkan eletrik, ia sendiri tidak berguna sehingga digunakan bagi penggunaan seperti mentol lampu yang menghasilkan perkhidmatan kepada pengguna.
Contoh biasa penggunaan perisian ialah pemproses kata, helaian kerja, dan pemain media.
Beberapa perisian penggunaan disekalikan sebagai satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suit penggunaan. Sebagai contoh biasa, Microsoft Office dan OpenOffice.org, yang membungkus sekali pemproses kata, helaian kerja, dan beberapa perisian penggunaan kecil. Perisian penggunaan berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan menjadikannya mudah bagi pengguna bagi belajar dan menggunakan setiap perisian penggunaan. Dan sering kali ia mempunyai keupayaan bagi berinteraksi sesama sendiri dalam cara yang memberi menafaat kepada pengguna. Sebagai contoh, helaian kerja mungkin mampu dimasukkan kedalam dokumen pemproses kata sungguhpun ia pada awalnya dibuka dalam perisian helaian kerja yang berlainan.
Pembangunan pengguna akhir menyesuai sistem bagi memenuhi kehendak khas pengguna. Perisian ditulis pengguna termasuk templat helaian kerja, makro pemproses kata, simulasi saintifik, skrip grafik dan animasi. Malah penapis surat-E merupakan sejenis perisian pengguna. Pengguna mencipta perisian ini sendiri dan sering memandang rendah kepentingannya.
Dalam sesetengah sistem terbenam, perisian penggunaan dan sistem pengendalian mungkin tidak dapat dibezakan oleh pengguna, sebagaimana perisian yang digunakan bagi mengawal pemain VCR, DVD atau ketuhar gelombang mikro.
Garis pemisah antara perisian sistem seperti sistem pengendalian dan sistem penggunaan adalah kabur, bagaimanapun, dengan ini menjadi perdebatan. Sebagai contoh, salah satu faktor penting dalam perbicaraan (antitrust) United States v. Microsoft adalah samaada pelayar web Internet Explorer Microsoft merupakan sebahagian dari sistem pengendalian Windows atau bahagian terpisah perisian penggunaan. Satu contoh laian adalah, pertikaian nama GNU/Linux, sebahagiannya, disebabkan pertikaian antara hubungkait antara sistem pengendalian Linux dan inti Linux.
Dalam sains komputer, perisian penggunaan merupakan perisian komputer yang direka bagi membantu pengguna melaksanakan sesuatu tugasan. Perisian penggunaan dengan itu berbeza dari sisten pengendalian (yang mengawal komputer), perisian utiliti (yang melaksanakan pengemaskini atau tugasan umum), dan bahasa pengaturcaraan (yang dengan mana perisian komputer dicipta). Bergantung kepada reka bentuk kerjanya, perisian penggunaan mampu mengendali teks, nombor, grafik, atau gabungan kesemua unsur tersebut. Sesetengah paket perisian menawarkan kuasa komputer berkuasa dengan menumpu pada satu tugasan, seperti pemproses kata; yang lain, dikenali sebagai perisian bersepadu, menawarkan kurang kuasa tetapi merangkumi beberapa perisian penggunaan, seperti perisian pemproses kata, helaian kerja, dan pangkalan data.
Baru-baru ini, istilah "app" di gunakan untuk merujuk pada perisian penggunaan untuk peranti bergerak seperti telefon pintar dan tablet.
Terdapat banyak sub-jenis perisian penggunaan :
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.