Asia
benua / From Wikipedia, the free encyclopedia
Benua Asia (Jawi: اسيا) ialah sebuah kawasan yang meliputi Arab Saudi di barat, Rusia di utara, Kepulauan Maldives di selatan, dan Jepun di timur. Sempadan Asia-Eropah dikatakan terletak di Laut Caspia, Laut Hitam, Pergunungan Caucus, Laut Marmara, Sungai Ural dan Pergunungan Ural. Manakala sempadan Asia-Afrika ialah Terusan Suez, dan Asia-Australia terletak di sempadan Papua, Indonesia dan Papua New Guinea.
Fakta Segera Kawasan, Penduduk ...
Kawasan | 44,579,000 km2 (17,212,000 bt2)[1] |
---|---|
Penduduk | 3,879,000,000 (1st)[2] |
Ketumpatan penduduk | 87/km2 (225/sq mi) |
Demonim | Orang Asia |
Negara | 48 |
Wilayah tanggungan | |
Negara bukan PBB | Senarai
|
Bahasa | Senarai bahasa |
Zon masa | UTC+2 hingga UTC+12 |
TLD Internet | .asia |
Bandar terbesar | Senarai kawasan metropolitan di Asia oleh penduduk |
Tutup
Asia merupakan benua yang terbesar di dunia iaitu 55.8 juta km persegi.
Benua ini menempatkan jumlah penduduk paling ramai, iaitu lebih kurang 60% daripada populasi dunia.