Sabung ayam atau laga ayam adalah merujuk pada satu sukan berdarah di mana dua ekor ayam jantan akan diadu di dalam satu arena yang dipanggil bon. Sabung ayam kini merupakan aktiviti yang diharamkan di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat, Brazil, Australia dan kebanyakan negara-negara Eropah.[1]

Thumb
Dalam satu pertandingan laga ayam di Tamil Nadu, India

Ayam yang digunakan bagi acara ini dikenali sebagai ayam sabung merupakan sejenis baka yang dibiak dan dipilih khas bagi ciri-ciri stamina dan kekuatannya. Ayam sabung akan diberi penjagaan rapi sehingga hampir berumur dua tahun. Keadaannya bagai seorang atlit profesional diadukan. Di kebanyakan bahagian lain di dunia, sabung ayam masih dibenarkan dengan kawalan kerajaan.

Sabung ayam dianggap sebagai sukan berdarah oleh aktivis hak-hak dan kebajikan haiwan[2] dan pihak-pihak lain, di sebababkan kekejaman yang dilakukan serta trauma dan kecederaan fizikal yang dialami oleh ayam-ayam ini.


Jenis ayam laga

  • Ayam Hujung Tanduk: mengunakan tanduk kambing hutan yang dibentuk menjadi seakan taji asli dengan panjang 3-5 inci,
  • Ayam Taji Asal: hanya menggunakan taji asli yang terdapat pada kaki ayam laga (tidak dipotong atau ditambah dengan taji buatan)
  • Ayam Batang Kaki: ayam ini pula tergolong dalm 2 jenis iaitu ayam yang tidak mempuyai taji dari asal (ayam gusi) dan ayam yang tajinya dipotong.

Pengemar sabung ayam boleh mengenal pasti kekuatan dan kebolehan atau tuah seseekor ayam sabung dengan melihat rupa bentuk,gerak gaya dan terutama sekali sisik pada kaki ayam tersebut sebelum bersabung[perlu rujukan].

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.