Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri
pertubuhan isteri wakil rakyat di Malaysia (PPM-001-14-20051977) / From Wikipedia, the free encyclopedia
Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) merupakan organisasi berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Bakti aktif semasa Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menjadi pengerusinya. Bangunan BAKTI Siti Hasmah terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Bakti banyak menjaga kebajikan para menteri dan timbalan menteri peringkat Malaysia. Mereka mengadakan aktiviti sosial seperti perlawanan badminton dan lawatan kerja di samping mengumpul dana bagi tujuan kebajikan. Organisasi yang hampir sama ialah PUSPANITA.