Austro-Asia (har.Asia Selatan (dalam bahasa Greek)) ialah satu kumpulan bahasa-bahasa merangkumkan yang dichakapkan dekat Asia Selatan (tanah asal) dan Asia Tenggara. Antara bahasa yang termasuk rumpun bahasa ini, hanya bahasa-bahasa Vietnam, Khmer, dan Mon yang mempunyai catatan sejarah yang panjang. Bahasa Vietnam dan bahasa Khmer mempunyai kedudukan bahasa rasmi (masing-masing di Vietnam dan Kemboja), sementara bahasa-bahasa Santal dan Khasi masing-masing berstatus bahasa rasmi di tahap negara bahagian sahaja di India. Bahasa lain daripada rumpun ini dipertuturkan oleh sekelompok kecil masyarakat.

Fakta Segera Austroasia, Taburan geografi: ...
Austroasia
Asia Selatan
Taburan
geografi:
Asia Selatan dan Tenggara
Klasifikasi bahasa:Salah satu rumpun bahasa utama dunia
Pembahagian:
Thumb
Tutup

Rumpun bahasa Austroasia tersebar secara terpisah-pisah di India, Bangladesh, dan Asia Tenggara, dipisahkan oleh daerah di mana bahasa-bahasa lain dituturkan. Dipercayai secara meluas bahawa rumpun bahasa Austroasia merupakan bahasa asli daerah di Asia Tenggara dan bahagian timur anak India dan rumpun bahasa lain di daerah itu termasuk Indo-Eropah, Tai-Kadai, Dravidia, dan Sino-Tibet, ialah hasil perpindahan manusia yang terjadi (Sebagai contoh, ada perkataan bahasa Austroasia dalam rumpun bahasa Tibeto-Burma di Nepal timur). Beberapa ahli bahasa telah mencuba membuktikan bahawa rumpun bahasa Austroasia berkeluarga dengan rumpun bahasa Austronesia, sehingga membentuk rumpun besar Austrik.

Cabang utama

Rumpun bahasa ini boleh dibahagikan menjadi dua cabang iaitu: cabang Mon-Khmer dan Munda di India. Daripada cabang Mon-Khmer pula, ada dua bahasa yang penting iaitu bahasa Khmer yang dipertuturkan oleh lebih kurang 10 juta orang di Kemboja dan bahasa Vietnam yang dipertuturkan lebih kurang 80 juta orang di Vietnam. Selain itu, bahasa Mon dipertuturkan oleh sekelompok kecil suku bangsa Mon di Myanmar berdekatan sempadan Thailand dan bahasa Khmu dipertuturkan di sebelah utara Laos berdekatan sempadan Myanmar. Kemudian bahasa Asli yang dipertuturkan oleh suku bangsa Negrito di Semenanjung Malaysia juga anggota cabang bahasa Mon-Khmer. Diperkirakan bahasa-bahasa Asli suku bangsa Asli ini sebenarnya bukan bahasa mereka, namun bahasa ini diambil mereka daripada jiran-jiran mereka.

Di India, bahasa Mundari dan bahasa Santali ialah bahasa Austroasia yang sudah dipengaruhi oleh bahasa Indo-Eropah cabang Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravidia. Penutur asli bahasa Munda ialah orang-orang daripada bangsa Mongoloid yang diperkirakan dahulu kala tersebar luas pula di India utara.

Di kepulauan Nicobar juga dipertuturkan bahasa-bahasa Austroasia, dan sebahagian besarnya oleh orang-orang bangsa Mongoloid pula. Sedangkan penduduk asli kepulauan Nicobar dan Andaman ialah suku bangsa negrito yang masih berhubung dengan ‘orang asli’ di Malaysia dan suku bangsa Papua. Ada yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahasa mereka juga merupakan golongan bahasa Papua sangat jauh.

Bahasa Austroasia secara kesimpulannya

Rumpun bahasa Austroasia secara kesimpulannya adalah seperti berikut:

Austroasia

Penyebaran bahasa Austroasia

Jika ditelitikan di peta, penyebaran rumpun bahasa Austroasia tidak berkesinambungan namun terputus-putus. Selain di Kamboja dan Vietnam, rumpun bahasa ini hanya dipertuturkan dalam kelompok yang kecil, dari India sampai ke Semenanjung Malaysia. Ada kemungkinan besar pada zaman dahulu kala, bahasa-bahasa ini berkesinambungan. Tetapi pada suatu saat dalam sejarah terjadi perubahan kepada para penutur bahasa Indo-Eropah di India, bahasa Tai-Kadai di Thailand dan bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia.

Kepelbagaian bahasa Austronesia di Semenanjung Malaysia juga membawa kepada kesimpulan ini. Bahasa Austronesia yang dipertuturkan di sini hanya bahasa Melayu saja, meskipun wujud beberapa dialek tetapi perbezaan antara dialek ini tidaklah besar. Kepelbagaian bahasa ini menunjukkan bahawa penggunaan bahasa Melayu masih boleh dikatakan belum begitu lama di sini.[perlu rujukan]

Bahkan di Semenanjung Malaysia wujudnya pertanyaan kerana penduduk ‘asli’ atau aborigin daerah ini iaitu suku bangsa Negrito masih menuturkan bahasa-bahasa Austroasia. Padahal bahasa ini sebenarnya diambil mereka dari negara-negara jiran mereka yang termasuk bangsa Mongolia, sudah mengambil alih bahasa Austronesia.[[[Wikipedia:Penjelasan|Penjelasan diperlukan]]]

Ada pula yang berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa bahasa-bahasa Austroasia pernah dipertuturkan di pulau Sumatera. Menurut para pakar ini, sisa-sisa bahasa Austroasia ini masih meninggalkan jejaknya, atau disebut substratum, dalam bahasa-bahasa Sumatera moden.

Hubungan dengan rumpun bahasa lain

Ada beberapa pakar[nyatakan menurut siapa?] yang menggolongkan rumpun bahasa Austroasia dengan rumpun bahasa Austronesia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahawa semua bahasa di China bahagian selatan sebenarnya berhubungan iaitu rumpun bahasa Austroasia, bahasa Austronesia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematik, rumpun bahasa Austrik secara kesimpulannya adalah seperti berikut:

  • Austrik
    • Austronesia
    • Tai-Kadai
    • Hmong-Mien
    • Austroasia

Para penutur keempat-empat rumpun bahasa yang diagak berhubungan ini menetap di daerah yang sekarang termasuk Republik Rakyat China bahagian selatan sehingga lebih kurang pada tahun 2000 SM1000 SM. Ketika itu, bangsa Cina, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet, dari RRC utara menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Hal ini yang dijangkakan sebagai alasan mengapa kaum Tai-Kadai berpindah ke selatan dan para penutur bahasa Austroasia tercerai-berai.

Tambahan pula, ahli linguistik mempunyai hujah lain iaitu kewujudan perkataan dasar yang mirip yang mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austroasia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.

Contoh: Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austroasia) / Proto Thai (Tai-Kadai)

  • mata ‘mata’ / *măt ‘mata / *taa ‘mata’

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.