Bandar Raya Guatemala

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bandar Raya Guatemala (Sepanyol: Ciudad de Guatemala, nama rasmi 'Nueva Guatemala de la Asunción) atau juga dikenali sebagai Guatemala de Guate oleh masyarakat setempat, ialah ibu kota negara Guatemala; bandar raya ini kota paling besar dan paling banyak penduduk di Amerika Tengah.

Fakta Segera Negara, Jabatan ...

Pendiaman manusia di tapak semasa Bandar Guatemala bermula dengan kaum Maya yang membina bandar di Kaminaljuyu. Bandar Guatemala merupakan kawasan tumpuan ekonomi, kerajaan dan kebudayaan negara Guatemala. Bandar Guatemala terletak di kawasan pergunungan negara ini di antara persisiran pantai Pasifik di selatan dan kawasan rendah di utara di kawasan Peten. Dianggarkan bahawa jumlah penduduk di Bandar Guatemala ialah kira-kira 2 juta orang manakalah jumlah di kawasan bandarnya ialah hampir 4 juta orang.[1] Bandar Guatemala menempatkan pusat bagi banyak syarikat perhubungan seperti Tigo, Claro-Telgua dan Movistar-Telefónica. Walaupun bandar ini terletak di kawasan tropika, paras Bandar Guatemala yang agak tinggi menyederhanakan suhu purata.

Bandar Guatemala sebagai ibu negara menempatkan bank pusat Guatemala, dan dasar kewangan Guatemala dirancang di sana. Bandar Guatemala dibahagikan kepada 22 zon berdasarkan perancangan susun atur perbandaran yang direka Raúl Aguilar Batres. Bandar Guatemala menempatkan 10 universiti, antaranya, pusat pengajian tinggi yang terawal di Amerika Tengah, iaitu Universiti San Carlos Guatemala. Bandar Guatemala ada beberapa pusat sukan dan banyak persatuan sukan.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads