Bandaraya London (bahasa Inggeris: City of London) ialah sebuah kawasan di London tengah, England. Pada zaman pertengahan, ia meliputi sebahagian besar kawasan London, tetapi bandar gabungan itu sudah berkembang jauh menjangkauinya.[2] Oleh sebab sempadan Bandaraya masih tidak berubah sejak Zaman Pertengahan, kini ia hanya sebahagian kecil metropolis, tetapi ia kekal sebahagian utama pusat bandaraya London dan memiliki taraf bandaraya yang tersendiri.

Fakta Segera Bandaraya London bahasa Inggeris: City of Londoncode: en is deprecated The City • Square Mile, Negara berdaulat ...
Bandaraya London
bahasa Inggeris: City of London
The City • Square Mile
Bandaraya dan daerah kewangan
Pemandangan udara Bandaraya London
Pemandangan udara Bandaraya London
Thumb
Thumb
Cogan kata: Domine Dirige Nos
("O Lord Direct us", cogan kata Perbadanan Bandaraya London)
Thumb
Ditunjukkan dalam London Raya
Negara berdaulatUnited Kingdom
NegeriEngland
KawasanLondon
StatusSui generis; Bandaraya dan kaunti istiadat
Admin HQGuildhall
Petempatan Romc. 47 M
(Londinium)
Petempatan semula Wessex886 M
(Lundenburh)
Subbahagian
25 Wad
  • Aldersgate
  • Aldgate
  • Bassishaw
  • Billingsgate
  • Bishopsgate
  • Bread Street
  • Bridge
  • Broad Street
  • Candlewick
  • Castle Baynard
  • Cheap
  • Coleman Street
  • Cordwainer
  • Cornhill
  • Cripplegate
  • Dowgate
  • Farringdon Within
  • Farringdon Without
  • Langbourn
  • Lime Street
  • Portsoken
  • Queenhithe
  • Tower
  • Vintry
  • Walbrook
Pentadbiran
  Lembaga setempatPerbadanan Bandaraya London
  Datuk BandarayaDavid Wootton
Keluasan
  Jumlah1.12 batu persegi (2.90 km2)
Aras tertinggi
69 ft (21 m)
Aras Terendah
0 ft (0 m)
Penduduk
 (ang. 2010)[1]
  Jumlah11,700
  Kepadatan10,000/batu persegi (4,000/km2)
  Keetnikan
84.4% Putih
(68.3% British
12.8% bukan British
3.3% Ireland)
6.8% Asia Selatan
2.6% Afrika-Karibia
2.0% Cina
 Penduduk
Zon waktuUTC0 (GMT)
  Musim panas (DST)UTC+1 (BST)
Poskod
EC, WC dan E1
Kod kawasan020
Santo penaungSt Paul
Angkatan polisPolis Bandaraya London
Laman sesawangcityoflondon.gov.uk
Tutup

Ia sering dikenali dengan gelaran City atau "Bandaraya" (sering tertulis pada peta sebagai "City") ataupun Square Mile, kerana keluasannya hanya satu batu persegi (1.12 bt2 atau 2.90 km2*)[3]. Istilah-istilah ini sering digunakan sebagai metonim untuk industri perkhidmatan kewangan United Kingdom yang meneruskan sejarah tumpuannya di Bandaraya.[4]

Istilah London kini memaksudkan bandar gabungan yang lebih besar, lebih kurang bersamaan dengan London Raya, iaitu sebuah kawasan kerajaan setempat yang merangkumi 32 buah daerah perbandaran London, termasuk Bandaraya Westminster dan juga Bandaraya London. Lembaga setempat Bandaraya, iaitu Perbandaran Bandaraya London (City of London Corporation), adalah unik di United Kingdom kerana memikul tanggungjawab yang agak luar biasa bagi sebuah lembaga setempat di Britain, seperti menjadi lembaga polis Bandaraya. Ia juga memikul tanggungjawab dan milikan di luar sempadan Bandaraya. Perbandaran ini diketuai oleh Datuk Bandaraya London (Lord Mayor of the City of London), iaitu jawapan yang berasingan (dan lebih lama daripada) Datuk Bandar London (Mayor of London).

Bandaraya London kini merupakan pusat kewangan dan perniagaan utama yang setaraf dengan Bandaraya New York sebagai peneraju pusat kewangan sedunia;[5] selama abad ke-19, Bandaraya ini merupakan pusat perniagaan utama dunia, dan masih kekal sebagai tempat pertemuan utama untuk perniagaan hingga kini.[6] Satu lagi daerah kewangan utama di kotaraya London ialah Canary Wharf yang terletak 2.5 batu (4.0 km) di timur.

Bandaraya London diduduki oleh sekitar 11,000 orang sahaja, tetapi seramai 316,700 orang bekerja di situ, terutamanya di sektor perkhidmatan kewangan[7]. Bidang perundangan membentuk komponen utama bahagian barat Bandaraya, terutamanya di kawasan the Temple dan Chancery Lane; di sinilah letaknya Inns of Court, yang mana dua daripadanya —Inner Temple dan Middle Temple — terletak dalam lingkungan sempadan Bandaraya.


Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.