Bendera Côte d'Ivoire mengunakan konsep yang sama dengan bendera Perancis, dimana konsep tiga jalur warna tegak digunakan. Secara rasminya, bendera ini digunakan pada 3 Disember, 1959[1].

Thumb
Bendera rasmi negara Côte d'Ivoire

Penggunaan warna bendera negara adalah sama dengan bendera Republik Ireland, dimana kedudukan warnanya diterbalikkan. Bendera negara ini menterbalikkan warna jingga disebelah kiri, manakala warna jingga bendera Ireland disebelah kanan. Dengan ini, penggunaan warna hijau disebelah kanan (belah bendera berkibar), adalah sama dengan warna penggunaan bendera Itali.

Warna jingga digunakan bagi memberi maksud kawasan savana yang terletak diutara negara ini, dan ia juga membawa maksud kesuburan. Warna hijau pula, bermaksud harapan dan mewakili kawasan hutan dipesisiran pantai diselatan Cote d'Ivoire. Warna putih, bermaksud keamanan dan mengkiaskan kepada sungai-sungai dinegara ini.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Wikiwand in your browser!

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.

Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.