From Wikipedia, the free encyclopedia
Marcos Evangelista de Morais (lahir 7 Jun 1970), lebih dikenali sebagai Cafu [kaˈfu], merupakan seorang bekas pemain bola sepak Brazil yang bermain di posisi bek kanan. Dengan 142 kemunculan untuk pasukan kebangsaan Brazil, Cafu diangkat menjadi pemain melakukan kemunculan terbanyak buat pasukan Brazil sepanjang zaman. Beliau mewakili pasukan kebangsaannya ke empat edisi Piala Dunia antara tahun 1994 dan 2006 dan beliau turut satu-satunya pemain tampil dalam tiga aksi perlawanan akhir berturut-turut. Sepanjang empat penyertaan Piala Dunia, beliau berjaya meraih dua daripadanya iaitu pada edisi 1998 dan 2002. Selain itu, beliau mengambil bahagian dalam empat penyertaan Copa América dan merangkul dua kejohanan daripadanya pada tahun 1997 dan 1999. Sementara itu, beliau sebahagian daripada skuad Brazil yang menjulang trofi Piala Konfederasi pada 1997.
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Marcos Evangelista de Morais | ||
Tarikh lahir | 7 Jun 1970 | ||
Tempat lahir | São Paulo, Brazil | ||
Ketinggian | 1.76 m (5 ka 9 5⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Bek kanan | ||
Kerjaya remaja | |||
1988–1990 | São Paulo | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1990–1994 | São Paulo | 95 | (6) |
1994–1995 | Real Zaragoza | 16 | (0) |
1995 | Juventude | 2 | (0) |
1995–1997 | Palmeiras | 35 | (0) |
1997–2003 | Roma | 163 | (5) |
2003–2008 | Milan | 119 | (4) |
Jumlah | 430 | (15) | |
Pasukan kebangsaan | |||
1990–2006 | Brazil | 142 | (5) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Di peringkat kelab, Cafu menjuarai beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa ketika meneruskan kariernya di Brazil, Sepanyol dan Itali. Sepanjang kariernya, Cafu pernah menyertai São Paulo, Roma, Milan, Real Zaragoza, Juventude dan Palmeiras. Beliau dianggap salah satu pertahanan terhebat dalam Serie A[1][2] dan salah satu pemain Brazil terhebat pada eranya. Pada tahun 1994, Cafu dinamakan sebagai Pemain Terbaik Amerika Selatan dan seterusnya pada 2004, beliau disenaraikan Pelé dalam FIFA 100, iaitu 125 pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman dalam satu majlis Anugerah FIFA.
Ketika di akademi São Paulo, jurulatih remaja Telê Santana mencadangkan Cafu agar berpindah posisi dari pemain tengah ke posisi bek sayap walaupun Cafu tidak pernah beraksi di posisi itu. Beliau terus termasuk dalam pasukan senior São Paulo yang menjuarai Copa Libertadores dan Piala Antara Benua pada tahun 1992 dan 1993. Pada tahun 1994, beliau dinamakan Pemain Bola Sepak Terbaik Amerika Selatan. Cafu memulakan musim 1995 di kelab barunya, Juventude tetapi beliau berpindah ke Real Zaragoza.
Pada tahun 1996, beliau pulang ke Brazil selepas berjaya melakukan perpindahan ke Palmeiras. Namun pada tahun berikutnya, Cafu kembali semula ke Eropah, kali ini ke Roma dan beliau meraih gelaran "Scudetto" pada musim 2001 dan seterusnya Supercoppa Italiana. Ketika di Roma, beliau digelar Il Pendolino (yang membawa maksud "komuter"). Beliau seterusnya melakukan perpindahan ke Milan selepas membatalkan perpindahan ke Yokohama F. Marinos. Bersama Rossoneri, beliau meraih kejuaraan "Scudetto" keduanya pada tahun 2004 dan diikuti kejayaan Supercoppa Italiana. Beliau turut dapat beraksi dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pertama dalam kariernya pada tahun 2005.
Selepas kejayaan Liga Juara-Juara menewaskan Liverpool pada 2007, Cafu melanjutkan kontraknya pada Mei 2007 dan beliau kekal di Milan sehingga penghujung musim 2007-08. Sementara menanti kontraknya tamat, beliau merangkul trofi Piala Super UEFA dan Piala Kelab Dunia pertama dalam kariernya. Pada 16 Mei 2008, Cafu diumumkan akan meninggalkan Milan pada penghujung musim bersama dengan rakan senegaranya, Serginho. Pada perlawanan terakhir Cafu untuk Milan, beliau menjaringkan gol menentang Udinese yang berkesudahan Milan menang 4-1. Naib presiden Milan, Adriano Galliani secara terbuka memberinya peluang untuk bekerja bersama Milan.
Cafu merupakan pemain melakukan kemunculan antarabangsa terbanyak buat pasukan kebangsaan Brazil dengan melakukan 142 penampilan dan memecah rekod Piala Dunia apabila beliau beraksi 21 perlawanan dalam kejohanan berprestij itu. Beliau meraih dua trofi Piala Dunia pada edisi 1994 dan 2002 lalu membuatkan Cafu satu-satunya pemain yang tampil dalam tiga perlawanan akhir Piala Dunia. Cafu turut memegang rekod pemain memperoleh kemenangan terbanyak dalam perlawanan Piala Dunia iaitu 15 perlawanan sebelum dikejutkan Miroslav Klose menerusi Piala Dunia 2014.
Beliau melakukan debut untuk pasukan Brazil pada 12 September 1990 dalam satu perlawanan persahabatan menentang Sepanyol. Beliau meneruskan rentak cemerlangnya bersama pasukan Brazil pada awal 1990an dan membolehkannya untuk memasuki skuad Piala Dunia 1994. Beliau tampil dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1994 menentang Itali. Beliau menggantikan Jorginho yang tercedera pada minit ke-22 perlawanan. Sejak itu, Cafu diletakkan dalam kesebelasan utama pasukan yang menjuarai Copa América pada tahun 1997 dan 1999, Piala Konfederasi 1997 dan melangkah ke final Piala Dunia 1998.
Brazil meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia 2002 dengan goyah dan Cafu dikritik hebat oleh jurulatih Wanderley Luxemburgo yang mengambil langkah untuk melucutkan jawatan Cafu sebagai kapten pasukan selepas beliau dibuang padang ketika menentang Paraguay. Tidak lama selepas itu, Luxemburgo dipecat dan digantikan oleh Luiz Felipe Scolari. Scolari memilih Emerson sebagai pilihannya untuk kapten pasukan baru. Walau bagaimanapun, Emerson mengalami kecederaan bahu ketika menjalani latihan lalu membenarkan Cafu menyarung sarung lengan kapten. Selepas Brazil menewaskan Germany 2–0 dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2002 (perlawanan akhir Piala Dunia ketiga berturut-turut buat Cafu), beliau meraikan kejayaan itu dengan menjulang trofi Piala Dunia sambil menjerit ke arah isterinya, "Regina, eu te amo!" ("Regina, saya cintakan awak!").
Dalam kempen 2006, Brazil yang menjadi pasukan pilihan diketepikan Perancis dalam peringkat suku akhir 1-0. Jurulatih Carlos Alberto Parreira dikritik kerana meletakkan pemain veteran dalam kesebelasan utama antaranya Cafu, Roberto Carlos dan Ronaldo dan mengetepikan pemain-pemain muda. Beliau tetap menzahirkan minatnya untuk beraksi di Piala Dunia 2010 tetapi tidak kesampaian apabila beliau bersara pada 2008.
Cafu sebahagian daripada 125 pemain dipilih Pelé sebagai pemain terhebat sepanjang zaman dalam satu majlis Anugerah FIFA pada Mac 2004.
Pasukan kebangsaan Brazil | ||
---|---|---|
Tahun | Kmncln | Gol |
1990 | 3 | 0 |
1991 | 9 | 0 |
1992 | 2 | 0 |
1993 | 12 | 0 |
1994 | 7 | 1 |
1995 | 5 | 0 |
1996 | 3 | 0 |
1997 | 20 | 0 |
1998 | 12 | 2 |
1999 | 12 | 0 |
2000 | 10 | 2 |
2001 | 6 | 0 |
2002 | 12 | 0 |
2003 | 7 | 0 |
2004 | 9 | 0 |
2005 | 8 | 0 |
2006 | 5 | 0 |
Jumlah | 142[3] | 5 |
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
8 Jun 1994 | San Diego, Amerika Syarikat | Honduras | Persahabatan | |||
3 Jun 1998 | Saint-Ouen, Perancis | Andorra | ||||
14 Oktober 1998 | Washington, Amerika Syarikat | Ecuador | ||||
9 Oktober 1999 | Amsterdam, Belanda | Belanda | ||||
23 Mei 2000 | Cardiff, Wales | Wales |
Cafu bersama beberapa pemain Serie A lain termasuklah rakan sepasukan Roma, Fábio Júnior dan Gustavo Bartelt serta rakan senegara Dida dituduh menggunakan pasport palsu dalam usaha untuk mengelak peraturan mengenai bilangan pemain bukan Eropah yang dibenarkan tersenarai dalam kelab Itali masing-masing. Walau bagaimanapun, pasport Cafu disahkan benar oleh pegawai-pegawai Itali manakala 13 pemain lain termasuk Dida digantung.[4] Tetapi Cafu menghadapi kontroversi lain apabila isterinya, Regina menggunakan dokumen palsu untuk menuntut kerakyatan Itali menerusi keturunan Itali.[5] Cafu memperoleh kewarganegaraan Itali menerusi perkahwinan mereka. Pada tahun 2004, Cafu dan presiden Roma, Franco Sensi dibawa ke mahkamah.[6][7]
Pada 12 Jun 2006, kurang 24 jam sebelum sepak mula antara Brazil dan Croatia dalam saingan Piala Dunia 2006, seorang pendakwa, Angelantonio Racanelli menggesa supaya hukuman penjara dijatuhkan ke atas Cafu bersama isterinya, Regina de Morais dan ejennya selama sembilan bulan berhubung skandal pemalsuan pasport.[8] Pada hari seterusnya, Cafu bersama isteri dan ejennya dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dilontarkan terhadapnya.[9]
Kelab | Musim | Liga | Piala | Benua | Jumlah | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | Kmncln | Gol | ||
São Paulo | 1990 | 20 | 1 | — | — | 20 | 1 | ||
1991 | 20 | 1 | — | — | 20 | 1 | |||
1992 | 21 | 1 | — | — | 21 | 1 | |||
1993 | 18 | 1 | — | — | 18 | 1 | |||
1994 | 16 | 2 | — | — | 16 | 2 | |||
Jumlah | 95 | 6 | 0 | 0 | 0 | 0 | 95 | 6 | |
Real Zaragoza | 1994-95 | 16 | 0 | — | 1 | 0 | 17 | 0 | |
Palmeiras | 1995 | 19 | 0 | — | — | 19 | 0 | ||
1996 | 16 | 0 | — | — | 16 | 0 | |||
1997 | 0 | 0 | — | — | 0 | 0 | |||
Jumlah | 35 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 35 | 0 | |
Roma | 1997-98 | 31 | 1 | 5 | 0 | — | 36 | 1 | |
1998-99 | 20 | 1 | — | 5 | 0 | 25 | 1 | ||
1999-2000 | 28 | 2 | 4 | 0 | 5 | 0 | 37 | 2 | |
2000-01 | 31 | 1 | 2 | 0 | 7 | 0 | 40 | 1 | |
2001-02 | 27 | 0 | 1 | 0 | 10 | 2 | 38 | 2 | |
2002-03 | 26 | 0 | 3 | 1 | 12 | 0 | 41 | 1 | |
Jumlah | 163 | 5 | 15 | 0 | 0 | 0 | 216 | 8 | |
Milan | 2003-04 | 28 | 1 | 1 | 0 | 9 | 0 | 38 | 1 |
2004-05 | 33 | 1 | — | 12 | 0 | 45 | 1 | ||
2005-06 | 19 | 1 | 1 | 0 | 5 | 0 | 25 | 1 | |
2006-07 | 24 | 0 | 3 | 0 | 8 | 0 | 35 | 1 | |
2007-08 | 15 | 1 | 2 | 0 | 1 | 0 | 18 | 1 | |
Jumlah | 119 | 4 | 7 | 0 | 35 | 0 | 161 | 4 | |
Jumlah kerjaya | 428 | 15 | 22 | 1 | 75 | 2 | 525 | 18 |
Antarabangsa |
Individu
|
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.