Catatan Tiga Kerajaan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Catatan Tiga Kerajaan (Cina ringkas: 三国志code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 三國志code: zh is deprecated ; pinyin: Sānguó Zhì) dianggap sebagai catatan sejarah rasmi dan berwibawa mengenai zaman Tiga Kerajaan (tahun 189-280 M) dalam sejarah China. Karya yang dikarang oleh Chen Shou pada abad ke-3 ini menggabungkan sejarah kecil tiga negeri berperang iaitu Cao Wei (曹魏), Shu Han (蜀漢) dan Wu Timur (東吳), yakni Tiga Kerajaan, ke dalam satu karangan. Catatan Tiga Kerajaan menjadi asas kepada novel bersejarah Hikayat Tiga Kerajaan yang dikarang pada abad ke-14.