Tupai muncung
order mamalia / From Wikipedia, the free encyclopedia
Tupai muncung[3] atau cencurut pokok ialah mamalia kecil yang tempatan dari hutan tropika di Asia Selatan dan Tenggara. Ia membentuk keseluruhan order Scandentia, yang dipecahkan kepada dua keluarga: Tupaiidae (19 spesies, tupai muncung "biasa"), dan Ptilocercidae (satu spesies, tupai akar malam).
Tupai muncung[1] Julat zaman: Miosen Tengah – Kini | |
---|---|
Tupaia sp. | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Mammalia |
Grandorder: | Euarchonta |
Order: | Scandentia Wagner, 1855 |
Keluarga | |
|
Biarpun turut dipanggil "cencurut pokok", dan awalnya pernah dikelaskan dalam Insectivora, ia bukanlah cencurut sebenar dan bukan semua spesies hidup di atas pokok. Ia maserba; antara hal lainnya, tupai muncung makan buah.
Tupai muncung mempunyai purata otak dengan berat badan yang lebih tinggi berbanding mana-mana mamalia lain, termasuk manusia,[4] namun purata tinggi bukanlah tidak umum untuk binatang yang beratnya kurang daripada 1 kg (2 lb).
Di kalangan order mamalia lain, tupai muncung berkait rapat dengan primat, dan ada dipakai sebagai alternatif bagi primat dalam penyelidikan uji kaji bagi miopia, tekanan psikososial, dan hepatitis.[5]