CinemaScope
From Wikipedia, the free encyclopedia
CinemaScope merupakan serantaian kanta pengembang (atau anamorfik) yang dicipta oleh presiden 20th Century-Fox pada tahun 1953, dan digunakan hingga tahun 1967 untuk merakam filem layar lebar sebagai alamat bermulanya era penggambaran dan penayangan filem dalam format anamorfik moden. Kanta pengembang ini seharusnya membolehkan proses menghasilkan imej bernisbah bidang sebesar 2.66:1, iaitu hampir dua kali luas nisbah 1.37:1 yang digunakan dalam format Akademi yang laris sebelum ini. Walaupun sistem kanta CinemaScope semakin lapuk kerana perkembangan teknologi baru, terutamanya oleh Panavision, namun format anamorfik masih kekal hingga hari ini. Dalam peristilahan perfileman, kata singkatannya iaitu 'Scope masih banyak digunakan oleh pembuat dan penayang filem pada hri ini untuk memaksudkan mana-mana filem bernisbah 2.35:1 atau 2.39:1, ataupun penggunaan kanta atau tayangan anamorfik itu sendiri. Bausch & Lomb memenangi anugerah Oscar pada tahun 1954 kerana membangunkan kanta CinemaScope.