From Wikipedia, the free encyclopedia
Coleco ColecoVision merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Coleco pada sekitar tahun 1980-an. Idea kepada pembangunan konsol ini tercetus apabila pihak Coleco ingin membawa pengalaman bermain permainan arked di rumah[2]. Beberapa aksesori juga dikeluarkan untuk konsol ini seperti alat pengawal stereng dan bebola penjejak sebagai salah satu cara untuk pengguna merasai pengalaman bermain permainan arked di rumah[3].
Pengilang | Coleco |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi kedua |
Ketersediaan runcit | Ogos 1982[1] |
Media | Katrij |
CPU | Zilog Z80A NEC D780C-1 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz |
Sambutan terhadap penerimaan konsol ini sangat meriah di kalangan pengguna-pengguna di Amerika Syarikat kerana pihak Coleco menyertakan permainan video arked popular dari Nintendo iaitu Donkey Kong apabila pengguna membeli set konsol ini[4]. Coleco membeli hak cipta permainan video Donkey Kong dari Nintendo selepas seorang juruteranya Eric Bromley berlepas ke Jepun untuk berbincang mengenai beberapa permainan video yang boleh dimainkan dalam konsol ColecoVision bersama ketua eksekutif Nintendo pada ketika itu Hiroshi Yamauchi[5].
Syarikat Coleco bertindak membeli banyak hak cipta permainan video arked dan membawa permainan video tersebut ke dalam konsol kerana spesifikasi yang terdapat dalam konsol ini yang membolehkan para pembangun permainan video membangunkan permainan video arked untuk konsol ini[2].
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | Zilog Z80A NEC D780C-1 (8-bit) berkelajuan 3.58 MHz | ||||
RAM | 1 KB | ||||
RAM video | 16 KB | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 16 warna | ||||
Resolusi skrin | 256px x 192px | ||||
Saluran audio | 3 saluran bunyi tona | ||||
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.