From Wikipedia, the free encyclopedia
Dalam bidang matematik, fizik dan seni, corak moiré ([mwa-ré], sebutan bahasa Perancis: [mwaˈʁe]) atau corak berombak ialah corak tindih sekunder ketara yang terhasil, sebagai contoh, apabila dua corak (biasanya lutsinar) serupa pada permukaan yang rata atau melengkung ditindankan antara satu sama lain sambil dipusingkan sedikit sudutnya.
Corak moiré selalunya adalah artifak yang tidak diingini pada imej yang dihasilkan oleh pelbagai teknik pengimejan digital dan grafik komputer, contohnya ketika mengimbas gambar hafton atau menyurih sinar suatu satah bercorak dam (satu kejadian pengaliasan khas, disebabkan oleh corak yang halus disampelbawahkan).[1] Ini dapat diatasi dalam pemetaan tekstur menerusi penggunaan mipmap dan penapisan tak isotropi.
Lukisan di atas sebelah kanan menunjukkan corak moire. Garisan di dalamnya boleh mewakili serat pada sutera moire, atau garisan yang dilukis di atas kertas atau di skrin komputer. Interaksi tak linear corak optik garis-garis menghasilkan corak berupa jalur gelap dan jalur cerah yang agak selari, yakni corak moire, ditindihkan pada garis-garis berkenaan.[2]
Anggap dua corak terdiri daripada garis-garis selari yang berjarak sama, contohnya garisan menegak. Langkahan (jarak antara garisan) bagi corak yang pertama ialah , manakala yang kedua ialah , dengan .
Jika garisan pada corak-corak tadi ditindihkan di kiri rajah, anjakan antara garis bertambah apabila menuju ke kanan. Selepas bilangan garis tertentu, kedua-dua corak bertentang: garisan bagi corak kedua berada di antara garisan bagi corak pertama. Jika dilihat dari jauh, kawasan di mana garis-garis bertindih kelihatan cerah (ada warna putih di antara garisan), dan kawasan di mana garisan bertentang kelihatan gelap.
Di tengah kawasan gelap yang pertama anjakannya ialah . Garis ke- bagi corak kedua dianjak sebanyak dari garis ke- bagi corak pertama. Oleh itu, tengah kawasan gelap pertama sepadan dengan
lantas
Jarak di antara tengah kawasan cerah dengan tengah kawasan gelap ialah
jarak di antara dua tengah kawasan gelap, yang juga merupakan jarak antara dua kawasan cerah, ialah
Daripada formula ini, dapat dilihat bahawa:
Prinsip bagi moire sebegini serupa dengan prinsip yang digunakan oleh angkup vernier.
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Every time you click a link to Wikipedia, Wiktionary or Wikiquote in your browser's search results, it will show the modern Wikiwand interface.
Wikiwand extension is a five stars, simple, with minimum permission required to keep your browsing private, safe and transparent.