Dewan Bandaraya Kuching Utara
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh. Memandangkan Daerah Kuching mempunyai keluasan yang agak besar, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua, iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Bandar raya Kuching dibahagi kepada dua kawasan: Utara dan Selatan. Setiap satu ditadbir oleh Datuk Bandar - iaitu Pesuruhjaya Kuching Utara untuk Kuching Utara dan Datuk Bandar bagi Kuching Selatan. Datuk Bandar yang terkini ialah Datu Junaidi Reduan.
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1 Ogos 1988; 35 tahun yang lalu (1988-08-01) |
Agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Bahagian utara bandaraya Kuching |
Ibu pejabat | Bukit Siol, Jalan Semariang, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia |
Moto | Cantik, Bersih & Selamat |
Eksekutif Agensi |
|
Laman sesawang | dbku |
Bandar raya Kuching Utara merujuk kepada kawasan yang diurus tadbir oleh Suruhanjaya ini, merangkumi sebahagian kecil kawasan dahulunya di bawah Kuching Municipal Council (KMC) tetapi pada masa yang sama menyerap masuk kawasan yang dahulunya ditadbir oleh Kuching Rural District Council (KRDC) dengan keluasan kesuluruhan pentadbiran DBKU adalah 369.48km persegi manakala jumlah hartanah pula sebanyak 43,575 unit.
Pentadbiran secara bersama lahir atas keperluan sistem yang efesien untuk membolehkan pembangunan seimbang dan taburan populasi di kedua dua kawasan. Penubuhan DBKU adalah tepat, kerana ini akan memastikan Majlis Bandaraya Kuching Selatan dapat menjalankan tanggungjawab penuh sebagai sebuah PBT dan tidak akan dibebani oleh tanggungjawab membangunkan kawasan luar bandar dalam sebahagian kawasan Bandaraya Kuching Utara yang sebelumnya dibawah kawalselia KRDC.[1]