Dutch Lady Milk Industries Berhad
From Wikipedia, the free encyclopedia
Dutch Lady Milk Industries Berhad (menjalankan perniagaan sebagai Dutch Lady Malaysia) (MYX: 3026) ialah pengeluar susu lembu dan produk tenusu di Malaysia yang ditubuhkan pada 1963. Ia sebelum ini di bawah Royal FrieslandFoods, sebuah syarikat koperasi multinasional yang berpangkalan di Belanda. Dutch Lady Malaysia yang kini merupakan anak syarikat FrieslandCampina, yang telah ditubuhkan pada Disember 2008 hasil penggabungan antara Friesland Foods dan Campina. Produk terkini termasuk susu untuk membesar, susu UHT, susu pasteur, susu disteril, susu serbuk keluarga, rendah lemak dan yogurt minuman lemak 0%, dan yogurt rendah lemak.[1]
Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Didagangkan sebagai ...
Jenis/bentuk sah | Syarikat sendirian berhad |
---|---|
Didagangkan sebagai | MYX: 3026 |
Industri | Susu lembu produk tenusu |
Ditubuhkan | 28 Mei 1963; 60 tahun yang lalu (1963-05-28) di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
Ibu pejabat | Level 5, Quill 9, 112, Jalan Semangat, 46300, Petaling Jaya, Malaysia |
Keluaran | Susu (membesar, UHT, pasteur, disteril, serbuk keluarga, dan rendah lemak), yogurt (minuman lemak 0%, dan rendah lemak) |
Pemilik | Dutch Lady Milk Industries Berhad FrieslandCampina |
Syarikat induk | FrieslandCampina |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Tutup