Empayar Saljuk
From Wikipedia, the free encyclopedia
Empayar Seljuq Agung (Parsi: دولت سلجوقیان, rumi: Dawlat-i Saljūqiāncode: fa is deprecated , Bahasa Turki Uthmaniyah: سلچوقلو دولتیcode: ota is deprecated bentuk moden: Selçuklu Devlet) adalah sebuah empayar Islam Sunnah Parsi Zaman Pertengahan[3][4][5][6][7][8] ditubuhkan oleh cabang Qynyq dari bangsa Turk Oghuz[9] yang satu ketika pernah mengawal kawasan luas terbentang daripada Hindu Kush ke timur Anatolia dan daripada Asia Tengah ke Teluk Parsi. Dari tanahair mereka berdekatan Laut Aral, kerajaan ini pada mulanya mara ke dalam Kersan dan kemudian ke tanah besar Parsi sebelumnya akhirnya menakluk timur Anatolia.
Empayar Seljuq Agung دولت سلجوقیان Dawlat-i Saljūqiān سلچوقلو دولتی Selçuklu Devlet | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1037–1194 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibu negara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Parsi Oghuz Turkic Arab | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan | De facto: Kesultanan merdeka De jure: Di bawah kekhilafahan[1] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sultan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
• 1037 - 1063 | Tuğrul Beg (pertama) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
• 1118 - 1153 | Ahmed Sanjar (terakhir) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
• Tugrul Beg menubuhkan sistem negara | 1037 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1071 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1095–1099 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
• Pertempuran Qatwan | 1141 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1194 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
kira-kira 1080 | 3,900,000 km2 (1,500,000 bt2) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Empayar Seljuq telah diasaskan oleh Tugrul Beg pada tahun 1037 selepas usaha-usaha pengasas wangsa Seljuk, Seljuq Beg, kembali pada suku pertama kurun ke-11. Bapa Seljuq Beg memegang kedudukan tinggi di Negara Oghuz Yabgu, dan memberi nama beliau kepada negara dan dinasti. Seljuq telah menyatukan keadaan rapuh politik di dunia timur Islam dan memainkan peranan penting di dalam Perang Salib Pertama dan Kedua. Memiliki nilai Parsi tinggi[3][4][5][6] dalam kebudayaan [10][11][12] dan bahasa[3][13][14][15][16], Seljuq juga memainkan peranan penting dalam pembangunan tradisi Parsi-Turki[17].